Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong APMM 2026 Terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisiJawatan Kosong APMM 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia |
| Penempatan: | Pelbagai Negeri |
| Kelayakan: | SPM / SVM/ SKM |
| Taraf Jawatan: | Kontrak (Interim) |
| Tarikh Tutup: | 29 September 2026 (Selasa) |
Senarai Jawatan Kosong APMM 2026
1. LASKAR KELAS II MARITIM GRED T1
Jawatan Popular : Jawatan Kosong Kilang Micron Technology Sdn Bhd
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ATAU
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong APMM 2026 yang hendak dipohon,
Syarat Kelayakan Fizikal
Calon dikehendaki mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan - diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Cara Mohon Jawatan Kosong APMM 2026
- Permohonan Jawatan Kosong APMM 2026 hendaklah melalui laman web rasmi Suruhajaya Perkhidmatan Awam di https://www.spa.gov.my/ atau di pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk memohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
