Bantuan Kerajaan Malaysia Madani 2025 : Apa yang perlu anda tahu mengenai SARA, EKASIH, STR & MyKasih Tahun 2025.

Apakah maksud ekasih, Mykasih, SARA & STR? Apa perbezaannya.

Apa itu STR?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian dariapda inisiatif Bantuan Rahmah, bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya keluarga berpendapat rendah (B40) dan sederhana rendah (M40), dalamm mengurangkan kos sara hidup.

S-TR adalah kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Tujuan utamanya adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terrkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa.

Untuk tahun 2025 kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (S-TR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SA-RA) iaitu kepada RM13 bilion ketimbang RM10 bilion. Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.

Apakah itu E-kasih?

Sistem eKasih merupakan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang diwujudkan bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan.

Sistem e-Kasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Komponen data e-Kasih terdiri daripada maklumat asas, maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan. Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:

  • Semakan status kemiskinan secara online.
  • Penyelarasan maklumat bantuan.
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
  • Pengiraan status kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

Kami akan berkongsi lebih lanjut mengenai ekasih di post yang seterusnya.

Apakah itu MyKasih?

MyKasih adalah satu inisiatif kerajaan untuk memberikan sokongan kepada golongan yang memerlukan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA). SARA direka untuk membantu penerima yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod e-Kasih dengan memberikan bantuan kewangan untuk memenuhi keperluan barangan asas sepanjang tahun.

Terkini, Bantuan MyKasih kini memberikan Bantuan Kewangan dalam MyKad bagi memudahkan pengguna menggunakan wang tersebut untuk tujuan pembelian barang-barang di kedai yang berdaftar bagi mengelakkan wang tersebut disalah guna bagi pembelian bukan barang-barang keperluan asas.

Baca Juga : SENARAI KEDAI MYKASIH BERDAFTAR UNTUK PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN MENGGUNAKAN MYKAD

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Kadar bantuan SA-RA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024. Bantuan SA-RA 2025 sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.

Selain daripada itu, 5.4 juta penerima S-TR turut akan menerima bantuan tambahan SA-RA mulai April 2025. Ini terdiri daripada 700,000 penerima SA-RA sedia ada dan 4.7 juta penerima S-TR sedia ada yang tidak berada dalam rekod e-Kasih. Bagi kategori isi rumah, tambahan sumbangan SA-RA adalah sebanyak RM100 sebulan. Golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan SA-RA sebanyak RM50 sebulan.

STR & SARA

Selaras dengan Pengumuman Belanjawan 2025 Kerajaan Madani, Pihak kerajaan telah menambah baik pemberian Sumbangan Tunai Rahmah bersama dengan Sumbangan Asas Rahmah bagi membantu rakyat dalam menampung kos-kos kehidupan yang semakin meningkat tahun ini.

Berikut gambar di bawah merupakan Belanjawan Madani bagi tahun 2025 ini.

SARA & E-Kasih

TARIKH PEMBAYARAN S-TR

Bagi tarikh pembayaran S-TR pada Tahun 2025 ini masih belum diumumkan oleh pihak kementerian. Oleh itu, kami akan update info ini dari masa ke semasa.

Soalan Lazim S-TR

Berikut disediakan soalan-soalan yang sering di tanyakan mengenai program Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini.

Anda boleh merujuk kepada pautan ini untuk sebarang pertanyaan.

sumber : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2025.pdf

Cara Pembayaran S-TR 2025

Penerima bantuan STR boleh mendapatkan bayaran tersebut melalui dua cara iaitu:

  • Walk In ke Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bagi yang tidak memiliki akaun bank, bayaran boleh dituntut di cawangan BSN.
  • Pengkreditan ke Akaun Bank :  Wang bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.

Cara Semakan Status S-TR 2025

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui beberapa cara berikut:

  • Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
  • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran

Semakan status STR 2025 secara online boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Status terkini akan dipaparkan seperti berikut:

Anda boleh rujuk panduan semakan STR 2025 seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran
  6. Masukkan kata laluan

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sila layari saluran berikut untuk mengetahui info terkini :

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment