Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 2024

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong MBSA 2024.

Pengenalan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Shah Alam, Selangor. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk.

Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar.

Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.

Maklumat Permohonan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 2024:

Nama MajikanMajlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PenempatanShah Alam, Selangor
KelayakanPMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah
Taraf JawatanTetap/Kontrak
Tarikh Tutup28 Februari 2024 (Rabu)

Jawatan Ditawarkan MBSA

  1. Pegawai Tadbir Gred N41
  2. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J41
  3. Arkitek Landskap Gred J41
  4. Juruukur Bahan Gred J41
  5. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29
  6. Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
  7. Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
  8. Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
  9. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
  10. Pereka Gred B29
  11. Juruteknik Komputer Gred FT19
  12. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  13. Pembantu Juruaudit Gred W19
  14. Pembantu Awam Gred H11

Artikel Berkaitan :

Syarat Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi jawatan kosong 2024 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

  • Permohonan jawatan kosong MBSA 2024 diatas hendaklah melalui portal rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam di https://www.mbsa.gov.my/ atau pautan Senarai Jawatan yang yang telah disediakan dibawah.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Senarai Jawatan

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment