Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong MADA 2024.
Pengenalan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ditubuhkan untuk mengendali dan menyenggara Rancangan Pengairan Muda, iaitu sebuah projek pembangunan luar bandar yang terbesar dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Pertama dengan kos sebanyak RM238 juta.
MADA juga diberi tanggungjawab merancang dan melaksana program-program pembangunan pertanian dan program-program peningkatan taraf hidup untuk 63,000 keluarga peladang di dalam Kawasan Muda.
Maklumat Permohonan
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MADA 2024:
Nama Majikan | Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) |
Penempatan | Pelbagai Negeri |
Kelayakan | PMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah |
Taraf Jawatan | Tetap |
Tarikh Tutup | Rujuk Lampiran Dibawah |
Jawatan Ditawarkan
- Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
- Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
- Pegawai Pertanian Gred G41
- Jurutera Gred J41
- Penolong Jurutera Gred JA29
- Penolong Akauntan Gred W29
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
- Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Juruaudio Visual Gred N19
- Pembantu Kemahiran Gred H19
- Pengawal Keselamatan Gred KP11
- Pemandu Kenderaan Gred H11
- Pembantu Awam Gred H11
Artikel Berkaitan :
Syarat Kelayakan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi jawatan kosong 2024 Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
- Permohonan jawatan kosong MADA diatas hendaklah melalui portal rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di https://www.mada.gov.my/ atau pautan Senarai Jawatan yang yang telah disediakan dibawah.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.