Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong Jururawat KKM 2024.
Kementerian Kesihatan memainkan peranan utama dalam memastikan sistem kesihatan yang efisien dan berkesan bagi penduduk Malaysia.
Maklumat Permohonan
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Jururawat KKM 2024:
Nama Kementerian | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) |
Penempatan | Seluruh Malaysia |
Kelayakan | Diploma |
Taraf Jawatan | Kontrak (Interim) 3 Tahun |
Jumlah Kekosongan | 2,431 Kekosongan |
Jumlah Simpanan | 4,000 Simpanan |
Tarikh Tutup | 29 Februari 2024 (Khamis) |
Jawatan Ditawarkan
- Jururawat Gred U29
Tugas Jururawat KKM
Bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.
Artikel Berkaitan :
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan Jururawat KKM 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Mohon Jawatan Kosong Jururawat KKM 2024
- Permohonan jawatan kosong Jururawat KKM 2024 diatas hendaklah melalui portal rasmi SPA Malaysia di https://www.spa.gov.my/ atau pautan Senarai Jawatan yang yang telah disediakan dibawah.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.