Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong LHDN 2024.
Pengenalan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) adalah salah satu agensi utama memungut hasil di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan pada 1 Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.
Maklumat Permohonan
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong LHDN 2024:
Nama Majikan | Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) |
Penempatan | Pelbagai Negeri |
Kelayakan | Ijazah Sarjana Muda |
Taraf Jawatan | Tetap/Kontrak |
Tarikh Tutup | Rujuk Lampiran Dibawah |
Jawatan Kosong LHDN 2024
- Eksekutif Hasil (Penaksiran)
Artikel Berkaitan :
Tugas Eksekutif Hasil (Penaksiran)
Tugas-tugas Eksekutif Hasil Penaksiran adalah menjalankan tugas pemungutan dan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 termasuklah:
- Menjalankan operasi pematuhan cukai melalui pelaksanaan audit yang berkesan, menyelaras operasi dan tinjauan ke zon ekonomi.
- Menyemak dan meluluskan taksiran pindaan dan pembayaran balik.
- Melaksanakan tugas pungutan yang merangkumi pengumpulan dan pemulihan cukai, pengembalian dana, panggilan luar dan hal ehwal berkaitan pungutan.
- Merancang program pendidikan cukai dengan penyediaan bahan pendidikan cukai kepada majikan, pekerja, pelajar sekolah, IPT dan agensi luar.
Syarat Kelayakan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi jawatan kosong LHDN 2024 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Kosong LHDN 2024
- Permohonan jawatan kosong LHDN 2024 diatas hendaklah melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di https://www.hasil.gov.my/ atau pautan Senarai Jawatan Kosong LHDN 2024 yang yang telah disediakan dibawah.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Senarai Jawatan Kosong LHDN 2024
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.