Jawatan Kosong DBP 2024 : Dewan Bahasa dan Pustaka

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong DBP 2024.

Pengenalan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara tersebut selaku bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Matlamat Penubuhan DBP

Matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka

  • Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
  • Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.
  • Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain.
  • Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
  • Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
  • Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Maklumat Permohonan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong DBP 2024:

Nama MajikanDewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
PenempatanPelbagai Negeri
KelayakanPMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah
Taraf JawatanTetap/Kontrak
Tarikh Tutup01 Mac 2024 (Jumaat)

Senarai Jawatan Kosong DBP 2024

  1. Pegawai Tadbir Gred N41
  2. Perancang Bahasa Gred S41
  3. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
  4. Juruaudit Gred W41
  5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
  6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  7. Pemandu Kenderaan Gred H11
  8. Pengawal Keselamatan Gred KP11
  9. Pembantu Operasi Gred N11

Artikel Berkaitan :

Syarat Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi jawatan kosong DBP 2024 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon Jawatan Kosong DBP 2024

  • Permohonan jawatan kosong DBP 2024 diatas hendaklah melalui portal rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di https://lamanweb.dbp.gov.my/ atau pautan Senarai Jawatan Kosong DBP 2024 yang yang telah disediakan dibawah.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Senarai Jawatan Kosong DBP 2024

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment