Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong TNBES sebagaimana berikut:
Maklumat Permohonan
Nama Majikan | TNB Energy Services (TNBES) |
Lokasi Kekosongan | Pelbagai Negeri |
Kelayakan | SPM/Diploma/Ijazah |
Tarikh Tutup | 12 Januari 2024 (Jumaat) |
Latar Belakang TNBES
TNBES memainkan peranan utama dalam mempromosikan dan membangunkan Tenaga Hijau di Malaysia. TNB Energy Services diuruskan secara bebas sebagai organisasi perniagaan dalam struktur korporat kumpulan TNB. Ia juga memainkan peranan sebagai saluran utama Tenaga Nasional dalam mempromosikan dan menyediakan penyelesaian dalam Tenaga Hijau dan Kecekapan Tenaga kepada para pelanggan.
Jawatan Ditawarkan TNBES
- Pembantu Tadbir
- Juruteknik
- Procurement Manager
- Finance Executive
Lihat Juga
- Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia
- Jawatan Kosong SPRM 2024
- Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia
Syarat Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Permohonan Jawatan Kosong TNBES
- Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.