TERKINI 2024 : Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya (PPj)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya (PPj) seperti berikut:

Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya

Nama Kementerian/JabatanPerbadanan Putrajaya (PPj)
Lokasi KekosonganPutrajaya
KelayakanSPM/ Diploma/ Ijazah
Taraf JawatanKontrak
Tarikh Tutup26 Januari 2024 (Jumaat)

Perbadanan Putrajaya (PPj)

Latar Belakang PPj

Perbadanan Putrajaya (PPJ) ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) bagi mengurus dan mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Perbadanan Putrajaya juga diamanahkan dengan fungsi pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancang tempatan dengan pelbagai pesanan dan pemberitahuan, iaitu:

  • Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Akta Kerajaan Tempatan 1976) 2002
  • Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Jalan, Saliran dan Bangunan 1974)
  • Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976)

Fungsi Perbadanan Putrajaya (PPj)

  • Untuk melaksanakan semua fungsi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Untuk menggalakkan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan komersial, infrastruktur dan pembangunan kediaman di kawasan tersebut.
  • Untuk menggalakkan, merangsang dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan tersebut.
  • Untuk mengawal dan menyelaraskan prestasi aktiviti di atas di kawasan tersebut.
  • Melambangkan keharmonian antara manusia, pembangunan dan persekitaran.
  • Struktur organik hijau melambangkan alam sekitar.
  • Struktur statik persegi melambangkan pembangunan sebuah bandar.
  • Reka bentuk keseluruhan melambangkan persekitaran dinamik yang berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Senarai Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya

  1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
  2. Pegawai Undang-Undang Gred L41
  3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
  4. Penolong Pegawai Penilaian Gred W29
  5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  6. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19

Baca Juga :

Syarat Asas Permohonan PPj

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Perbadanan Putrajaya yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Membuat Permohonan Perbadanan Putrajaya

  • Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya diatas hendaklah dibuat secara online melalui portal PPj di https://www.ppj.gov.my/ atau pautan Senarai Jawatan Perbadanan Putrajaya yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Senarai Jawatan Perbadanan Putrajaya

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment