Jawatan Kosong Bomba dan Penyelamat Malaysia 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagaimana berikut:

Maklumat Permohonan

Nama JabatanJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Lokasi KekosonganPelbagai Negeri
KelayakanSPM/ Diploma/ Ijazah
Taraf JawatanPersonel MySTEP
Tarikh Tutup03 Februari 2024 (Sabtu)

Senarai Jawatan Kosong Bomba

  1. Personel MySTEP Gred 41 (Ijazah Sarjana Muda dan Setaraf)
  2. Personel MySTEP Gred 29 (Diploma dan Setaraf)
  3. Personel MySTEP Gred 19 (SPM dan Setaraf)

Jawatan Kosong Kerajaan 2024 Baru Dibuka!

Syarat Permohonan Bomba

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon Jawatan Kosong Bomba

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi MYFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/ pautan Permohonan Online yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan Online

1 thought on “Jawatan Kosong Bomba dan Penyelamat Malaysia 2024”

Leave a Comment