Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong MPKu 2026 Terkini.
Maklumat Jawatan Kosong MPKu 2026
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MPKu 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) |
| Penempatan: | Kulai, Johor |
| Kelayakan: | SPM/ SVM/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Kontrak/ Kontrak (Interim) |
| Tarikh Tutup: | 24 November 2026 (Selasa) |
Senarai Jawatan Kosong
| Senarai Kekosongan | Syarat Kelayakan Akademik |
| Arkitek Gred J9 | Ijazah Sarjana Muda Seni Bina/Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Kontrak Bina dengan pengiktirafan Bahagian II oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang diiktiraf |
| Pembantu Penilaian Gred W1 | SPM/ SPM & SKM Tahap 2 ATAU Tahap 3 |
| Pembantu Khidmat Am Gred H1 | SPM/ SVM/ SPM & SKM Tahap 2 ATAU Tahap 3 |
Baca Iklan Penuh kekosongan Disini
Jawatan kosong Terkini : Jawatan Kosong Lam RESEARCH 2026 (November) Terkini!
Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong MPKu 2026
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong MPKu 2026 yang hendak dipohon.
- Syarat Kelulusan Bahasa Melayu
- Calon bagi lantikan dengan kelayakan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah diperingkat kepujian dan selebihnya peringkat lulus dalam satu peperiksaan; atau
- Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua (2) mata pelajaran adalah diperingkat kepujian dan selebihnya peringkat lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
- Memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada kepujian atau lulus, dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan
- Syarat Kelulusan Bahasa Melayu

Cara Mohon Jawatan Kosong MPKu 2026
- Permohonan Jawatan Kosong MP Muar 2026 diatas hendaklah melalui BORANG PERMOHONAN yang boleh di muat turun di laman web rasmi Majlis Perbandaran Muar di https://www.mpku.gov.my/ atau boleh MUAT TURUN melalui pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah.
- Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi satu jawatan yang dipohon.
- Permohonan hendaklah disertakan Bersama dokumen yang berikut:
- Sekeping gambar berukuran passport
- Salinan Kad Pengenalan
- Sijil Persekolahan dan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan sijil/ diploma/ Ijazah perlu disertakan pengiktirafan kelayakan oleh JPA
Setiap Salinan dokumen diatas hendaklah diperakui SAH Oleh Pegawai Kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas atau penghulu Mukim atau Guru Besar/ Pengetua.
- Pastiken semua dokumen yang berada dalam senarai semak diatas telah disediakan dan di isi dengan betul dan tepat.
- Permohonan yang diterima TANPA gambar dan dokumen di atas serta tidak mengikut syarat/ peraturan tidak akan di layan.
- Sebarang usaha untuk membuat penghantaran dokumen SELEPAS borang dihantar / Tarikh iklan ditutup TIDAK AKAN DITERIMA.
- Borang Permohonan yang telah lengkap, Boleh dihantar kepada;
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KULAI
JALAN PEJABAT KERAJAAN 81000 KULAI, JOHOR
UP: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
Sila tulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat - Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat terkini anda.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Mohon Jawatan (Borang Permohonan)
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
