Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Kementerian Kesihatan Malaysia sebagaimana berikut:

Maklumat Permohonan

Nama KementerianKementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
PenempatanSeluruh Malaysia
KelayakanLepasan SPM & SPM(V)
Jumlah Kekosongan2,910 Kekosongan
Tarikh Tutup08 Januari 2024 (Isnin)

Jawatan Ditawarkan KKM

  1. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Bertaraf Sijil (Sesi Julai Tahun 2024)

Baru Dibuka :

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Jenis Latihan dan Kekosongan

kementerian kesihatan malaysia

Syarat Permohonan Jawatan

Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  3. Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
  4. Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan.

Kategori Pemohon dan Had Umur

Pemohon merupakan calon lepasan SPM/SPMV:

  • Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.

Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

  • Umur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
  • Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:

  • Umur tidak melebih 38 tahun pada sesi pengajian semasa;
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
  • Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

Cara Mohon Jawatan Kosong KKM

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui laman web rasmi SPA https://www.spa.gov.my/spa/ atau menggunakan pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan Online

Leave a Comment