Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong JPA sebagaimana berikut:
Maklumat Permohonan
Nama Kementerian/Jabatan | Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia |
Lokasi Kekosongan | Seluruh Negara |
Taraf Jawatan | Tetap & Berpencen |
Kelayakan | Sijil/Diploma |
Tarikh Tutup Permohonan | 27 Disember 2023 (Rabu) |
Jawatan Ditawarkan
- Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (Komputer Dan Rangkaian)
- Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (Elektrik)
- Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (Kimpalan)
- Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara)
JAWATAN KOSONG BARU DIBUKA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) Jabatan Kerja Raya (JKR) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Syarat Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Jabatan Perkhidmatan Awam
- Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah atau dengan melayari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia spa.gov.my.
- Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam