Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 2024

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan merupakan Pihak Berkuasa Melantik yang bertanggungjawab melantik Anggota Perkhidmatan Pendidikan ke dalam perkhidmatan awam. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa melalui MySPP.

SPP ingin mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi mengisi kekosongan di Semenanjung Tahun 2024 dengan butiran kekosongan seperti berikut:

Maklumat Permohonan Jawatan Kosong SPP

Nama Kementerian/JabatanSuruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
PenempatanSemenanjung Malaysia
Taraf JawatanTetap & Berpencen
KelayakanPMR/PT3 & SPM
Tarikh Tutup Permohonan03 Januari 2024 (Rabu)

Jawatan Ditawarkan SPP

  1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  2. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
  3. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  4. Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
  5. Penyelia Asrama Gred N19
  6. Pembantu Makmal Gred C19
  7. Pembantu Operasi Gred N11
  8. Pemandu Kenderaan Gred H11
senarai jawatan kosong spp 2024

Baca Juga:

Syarat Permohonan

Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM seperti berikut:

  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut- turut; dan
  • Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.

Kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM seperti berikut:

  • mata pelajaran Bahasa Melayu (kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan
  • kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.
  • Senarai kursus yang bersesuaian untuk pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan SVM boleh dirujuk di Laman Web EZSkim di pautan berikut: Senarai Kursus SVM

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan PMR/PT3/SRP

Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PT3/PMR/SRP, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PT3/PMR/SRP berikut:

Mata PelajaranSyarat PT3Syarat PMRSyarat SRP
Bahasa MelayuKepujian
(Gred C)
Kepujian
(Gred C)
Kepujian
(Gred 6)
MatematikLulus
(Gred E)
Lulus
(Gred D)
Lulus
(Gred 7 atau 8)
Tiga (3) Mata Pelajaran LainLulus
(Gred E)
Lulus
(Gred D
Lulus
(Gred 7 atau 8)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Mohon Jawatan Kosong SPP

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan Online

Leave a Comment