Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kini membuka peluang kerjaya (iklan November) dengan menawarkan jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong MBJB 2026 Terkini.
Maklumat Jawatan Kosong MBJB
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MBJB 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) |
| Penempatan: | Johor Bahru, Johor |
| Kelayakan: | SPM/ Diploma/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Kontrak (Interim) |
| Tarikh Tutup: | 18 November 2026 (Rabu) |
Senarai Kekosongan
| Senarai Jawatan Kosong | Kelayakan Akademik |
| Pegawai Penilaian (Kewangan) Gred W9 | Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf |
| Penolong Pegawai Seni Bina (Kejuruteraan) Gred JA5 | Sijil Seni Bina/ Diploma Seni Bina yang diiktiraf |
| Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5 | Diploma Bidang Kesihatan Persekitaran yang diiktiraf |
| Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 | Sijil Pertanian/ Diploma Pertanian/ Diploma Hortikultur, Bioteknologi, Perniagaan Tani, Pengeluaran Makanan, Agroteknologi, Teknologi Pertanian/ Diploma Kejuruteraan Pertanian yang diiktiraf |
| Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 | STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Diploma |
| Penolong Juruaudit Gred W5 | Sijil Pengajian Perniagaan & Penyimpanan Kira/ CAT/ Diploma Perakaunan, Pengajian Perniagaan, Kewangan atau Perbankan Yang diiktiraf |
| Penolong Jurutera Gred JA5 | Sijil Kejuruteraan/ Diploma Kejuruteraan |
| Pembantu Penguatkuasa Gred KP1 | SPM/ SVM/ Bekas anggota Polis ATAU Tentera/ SKM Tahap 2 ATAU Tahap 3 |
| Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N1 | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 ATAU Tahap 3 |
| Pembantu Kemahiran Gred H1 | SVM/ SPM/ SKM Tahap 2 ATAU Tahap 3/ Sijil Kompeten Pendawaian |
| Pembantu Khidmat Am Gred H1 | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 ATAU Tahap 3 |
Jawatan kosong Terkini: Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Muar 2026. Mohon Sebelum 23 November 2026!
Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong MBJB 2026
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong MBJB 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Baca Iklan Penuh Kekosongan disini
Cara Mohon Jawatan Kosong MBJB 2026
- Permohonan Jawatan Kosong MBJB 2026 diatas hendaklah melalui laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru di https://www.mbjb.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Semasa membuat permohonan sila pastikan calon mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Calon dikehendaki menyertakan dokumen sokongan seperti yang berikut;
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)
- Salinan Transkrip Pegajian
- Salinan Sijil/ Diploma/ Ijazah
- Salinan Semakkan Pengiktirafan Kelayakan dari MQA (Sijil/ Diploma/ Ijazah)
- Salinan Sijil/ Dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan
- Salinan Lesen Kelas Memandu
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Kelahiran, dan
- Gambar berukuran passport terbaru
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Sebarang Pertanyaan boleh layari laman web rasmi MBJB di https://www.mbjb.gov.my/jawatan-kosong-mbjb .
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
