Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Perbandaran Muar (MP Muar) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong MP Muar 2026 Terkini.
Maklumat Jawatan Kosong MBSA
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MP Muar 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Majlis Perbandaran Muar (MP Muar) |
| Penempatan: | Muar, Johor |
| Kelayakan: | Sijil /Diploma/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Kontrak/ Kontrak (Interim) |
| Tarikh Tutup: | 23 November 2026 (Isnin) |
Senarai Jawatan Kosong
| Senarai Kekosongan | Syarat Kelayakan Akademik |
| Pegawai Perancang Bandar & Desa Gred J9 | Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah/ Ijazah Sarjana Muda Bidang Geografi, Ekonomi, Sains Sosial, Antropologi ATAU Perangkaan/ Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam/ Diploma Lepasan Ijazah/ Ijazah Sarjana Muda Seni Bina |
| Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa Gred JA5 | Sijil dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah/ Diploma dalam Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf |
Baca Iklan Penuh kekosongan disini
Jawatan kosong Terkini : Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Johor 2026 DIBUKA!
Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong MP Muar 2026
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong MP Muar 2026 yang hendak dipohon.

Cara Mohon Jawatan Kosong MP Muar 2026
- Permohonan Jawatan Kosong MP Muar 2026 diatas hendaklah melalui BORANG PERMOHONAN yang boleh di muat turun di laman web rasmi Majlis Perbandaran Muar di https://www.mpmuar.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah.
- Calon Juga boleh membeli borang RM 1.00/set di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Muar, Tingkat 8, Jalan Pintasan Muar 84000 Muar, Johor sepanjang hari bekerja Isnin hingga Jumaat dari jam 08.30 pagi hingga 4.30 petang (waktu rehat jam 1.00 petang – 2.00 petang).
- Sila sertakan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;
- Sila kembarkan surat pengiktirafan akreditasi bagi kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil yang boleh diakses di laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan dilampirkan bersama borang permohonan.
- Permohonan hendaklah disertakan ‘video resume’ yang berdurasi tidak lebih dari 3 minit dalam bentuk softcopy. Garis panduan penyediaan ‘video resume’ adalah sebagaimana berikut :
- a) Video tersebut hendaklah menggunakan suara pemohon sebenar.
- b) Kandungan video tersebut hendaklah merangkumi sebahagian besar perkara-perkara di bawah;
- Ringkasan latar belakang pemohon
- Ringkasan latar belakang keluarga pemohon
- Ringkasan pengalaman kerja pemohon
- Pekerjaan / aktiviti terakhir atau semasa pemohon
- Ringkasan pencapaian / anugerah tertinggi pemohon
- Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon
- Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’
- Ringkasan kelebihan / kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon
- Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon
- Ringkasan kelemahan / kekurangan pemohon
Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan kreatif.
- Video hendaklah dihantar melalui email kepada urus setia di alamat [email protected]. Sila pastikan video yang dihantar mempunyai nama pemohon, no. KP dan jawatan yang dipohon.
- Sebarang usaha untuk membuat penghantaran dokumen SELEPAS borang dihantar / Tarikh iklan ditutup TIDAK AKAN DITERIMA.
- Borang Permohonan yang telah lengkap, Boleh dihantar kepada;
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MUAR
JALAN PINTASAN MUAR
84000 MUAR, JOHOR
(u.p. : Bahagian Sumber Manusia)
Sila tulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat - Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat terkini anda.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Mohon Jawatan (Borang Permohonan)
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
