Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai kekosongan Jawatan di Selangor yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong SPA Negeri Selangor 2026 Terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong SPA Negeri Selangor 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor |
| Penempatan: | Selangor |
| Kelayakan: | SPM/ Diploma/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Tetap/ Kontrak |
| Tarikh Tutup: | 14 Oktober 2026 (Rabu) |
Senarai Jawatan Kosong
| Nama Jawatan | Gred Jawatan | Kelayakan Akademik |
| Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bagi Subjek : 1. Pendidikan Islam 2. Fizik 3. Bahasa Inggeris 4. Bahasa Melayu 5. Sains 6. Matematik | Gred DG9 | Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf |
| Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/ Penolong Jurutera | Gred JA5 | Sijil Kejuruteraan yang diiktiraf/ Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf |
| Penolong Pegawai Pertanian | Gred G5 | Sijil Pertanian/ Diploma Pertanian, Diploma dalam bidang Hortikultur, Bioteknologi, Perniagaan Tani, Pengeluaran Makanan, Agroteknologi/Teknologi Pertanian/ Diploma Kejuruteraan dalam bidang Pertanian |
| Penolong Pemelihara Hutan | Gred G5 | Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia/ Diploma Perhutanan, Diploma dalam bidang berkaitan |
| Penghulu | Gred NP5 | SPM/ STPM/ STAM/ MATRIKULASI/ Diploma |
| Pengawas Hutan | Gred G1 | Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan |
| Pembantu Penguatkuasa | Gred KP1 | SPM/ SVM/ SKM/ Bekas Anggota Polis ATAU Tentera |
| Pembantu Tadbir Kewangan | Gred H1 | SPM/ SKM/ Sijil Perdagangan Setaraf yang diiktiraf |
| Pembantu Kemahiran | Gred H1 | SPM/ SVM |
| Pembantu Hal Ehwal Islam | Gred S1 | SPM |
| Pembantu Pembangunan Masyarakat | Gred S1 | SPM/ SVM/ SKM |
| Pembantu Syariah | Gred S1 | SPM/ Lulus Bahasa Arab/ Kepujian Pendidikan Islam |
| Penjaga Jentera Elektrik | Gred J1 | SPM/ Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) |
| Pembantu Khidmat Am | Gred H1 | SPM/ SKM/ SVM/ Kemahiran |
Jawatan Popular : Jawatan Kosong Kilang Lam RESEARCH (Batu Kawan & Kulim)
Syarat Permohonan SPA Negeri Selangor
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiapJawatan Kosong SPA Negeri Selangor 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Kosong SPA Negeri Selangor
- Permohonan Jawatan Kosong SPA Negeri Selangor 2026 hendaklah melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor di https://spn.selangor.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk memohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
