Jawatan Kosong MBSA 2026 – Majlis Bandaraya Shah Alam

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong MBSA 2026 Terkini.

Maklumat Jawatan Kosong MBSA

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MBSA 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Penempatan:Shah Alam, Selangor
Kelayakan:SPM/Diploma/Ijazah
Taraf Jawatan:Kontrak
Tarikh Tutup:01 November 2026 (Ahad)

Senarai Kekosongan

Senarai Jawatan KosongKelayakan Akademik
Jurutera (Awam/ Mekanikal) Gred J9Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan DAN berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
Pegawai Tadbir Gred N9Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan
Pembantu Keselamatan Gred KP1SPM/ SVM/ SKM 3/ SKM 3/ Bekas anggota polis atau tentera
Pembantu Khidmat AM (Pembantu Awam) Gred H1SPM/ SVM/ SKM
Pembantu Khidmat AM (Pemandu Kenderaan) Gred H1SPM/ SVM/ SKM 2 ATAU SKM 3/ Memiliki lessen memandu B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I
Pembantu Penguatkuasa Gred KP1SPM/ SVM/ SKM 2 atau SKM 3/ Bekas anggota polis atau tentera
Pembantu PenguatkuasaSPM/ SVM/ SKM 2 atau SKM 3/ Bekas anggota polis atau tentera
Pembantu Tadbir Kewangan Gred W1SPM (Kepujian subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan)/ SKM/ Sijil Perdagangan Malaysia
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap
Penolong Arkitek Landskap Gred JA5Sijil Teknologi (Bidang Landskap)/ Sijil Seni Bina/ Sijil Perancang Bandar/ Sijil Kejuruteraan Awam/ Diploma Seni Bina Landskap
Penolong Jurutera (Awam) Gred JA5Sijil Kejuruteraan/ Diploma Kejuruteraan
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaraan Gred U5Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan
Penolong Pegawai Penilaian Gred W5Sijil Pengurusan Harta Tanah/ Sijil Penilaian Harta Tanah/ Diploma Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh kerajaan
Penolong Pegawai Pertanian Gred G5Sijil Pertanian/ Diploma Pertanian/ Diploma bidang berkaitan/ Diploma Kejuruteraan Pertanian
Penolong Pegawai Senibina Gred JA5Sijil Seni Bina/ Diploma Seni Bina
Penolong Pegawai Tadbir Gred N5STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Diploma Bidang Berkaitan
Setiausaha Pejabat Gred N5Diploma dalam bidang Sains Kesetiausahaan atau Pengurusan dan Teknologi Pejabat yang diiktiraf oleh Kerajaan

Jawatan kosong Popular: Jawatan Kosong SPA Negeri Selangor 2026 – Iklan Kekosongan Oktober

Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong MBSA

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong MBSA 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
    • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    • Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    • Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan
    • Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang- undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

Syarat Fizikal (Untuk Jawatan Pembantu Penguatkuasa Sahaja)

LelakiPerempuan
Tinggi1.57m1.53m
Berat48kg46kg
Ukuran Dada79sm (Biasa)
84sm (Tarik Nafas)
–
Ujian MataLulus (V6/9)
Tidak Cacat atau buta warna
Lulus (V6/9)
Tidak Cacat atau buta warna

Cara Mohon Jawatan Kosong MBSA 2026

  • Permohonan Jawatan Kosong MBSA 2026 diatas hendaklah melalui laman web rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam di https://www.mbsa.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment