Jawatan Kosong SPN Selangor 2026 – Pengambilan Bulan Oktober

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor kini membuka peluang kerjaya dengan menawarkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang ingin memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong SPN Selangor 2026 terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong SPN Selangor 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
Penempatan:Selangor
Kelayakan:SPM/ Diploma/ Sijil yang berkaitan
Taraf Jawatan:Kontrak
Tarikh Tutup:01 November 2026 (Ahad)

Senarai Jawatan Kosong

Jawatan KosongKelayakan Akademik
Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA5Sijil Seni Bina/ Diploma Seni Bina yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N1SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 ATAU Tahap 3 dan yang setaraf
Pembantu Kemahiran Gred H1SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 dan Sijil Kompeten Pendawaian Fasa Tunggal ATAU Pendawaian Fasa 3
Juruteknik Komputer Gred FT 1SPM/ SVM/ SKM

Jawatan Kosong lain: Jawatan Kosong NIBM 2026 DIBUKA. Mohon Sebelum 28 Oktober 2026!

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong SPN Selangor 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
    • Pemohon lahir di Negeri Selangor
    • Ibu Atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor;ATAU
    • Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 Tahun;
      ( Pembuktian bagi mana-mana syarat di atas hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri)
    • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
      • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Cara Mohon Jawatan Kosong SPN Selangor 2026

  • Permohonan Jawatan Kosong SPN Selangor 2026 diatas hendaklah melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor di https://spn.selangor.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment