Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mempelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk jadual di bawah). Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong MIROS 2026 Terkini.
Untuk pengetahuan pemohon, MIROS merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MIROS 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) |
| Penempatan: | Pelbagai Negeri |
| Kelayakan: | SPM/ Diploma |
| Taraf Jawatan: | Tetap/ Kontrak |
| Tarikh Tutup: | 30 September 2026 (Rabu) |
Senarai Jawatan Kosong MIROS 2026
| Jawatan | Gred Jawatan | Kelayakan Akademik Minima |
| Penolong Akauntan | W5 | Sijil dalam bidang Pengajian Perniagaan atau Penyimpanan Kira / ertified Accounting Technician (CAT)/ Diploma Perakaunan atau Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Kewangan atau Perbankan |
| Pegawai Kontrak Projek | N29 | STPM/ STAM/ MATRIKULASI/ DIPLOMA |
| Pembantu Khidmat Am (Pemandu) | H1 | SPM/ SVM/ SKM |
| Pembantu Penyelidik | Q1 | SPM/ SVM/ SKM |
| Pengawal Keselamatan (PSH) | SPM/ Bekas anggota Polis ATAU Tentera | |
| Penyambut Tetamu (PSH) | SPM | |
| Pekerja Sambilan Harian (PSH) | SPM |
- Baca Juga : Jawatan Kosong MARA 2026 (Ambilan September)
Syarat Lantikan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan
Kosong MIROS 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Kosong MIROS 2026
- PermohonanJawatan Kosong MIROS 2026 hendaklah melalui Borang Permohonan yang boleh didapati di laman web rasmi MIROS di https://miros.gov.my/ atau di pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah.
- Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:
(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).
(d) Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan.
(e) Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian
(semakan boleh dibuat di sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA) di https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm - Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah di senarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.
- Pemohon yang telah selesai mengisi borang permohonan boleh menghantar borang tersebut secara pos atau melalui serahan tangan sahaja ke alamat yang berikut:
Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor - Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
