Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan Jawatan Kosong MARA 2026 yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong MARA 2026.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MARA 2026 sebagaimana berikut:
Maklumat Jawatan
| Nama Majikan | Majlis Amanah Rakyat (MARA) |
| Penempatan | Pelbagai Negeri |
| Kelayakan : | SPM/ SVM/ SKM |
| Taraf Jawatan : | Kontrak |
| Tarikh Tutup Permohonan : | 25 September 2026 (Jumaat) |
Syarat Lantikan
Calon perlu memenuhi syarat asas berikut untuk memohon jawatan kosong MARA 2026
- Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia.
- Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Calon bagi lantikan di bilangan 1 hingga 2 hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. - Calon bagi lantikan di bilangan 3 hingga 7 hendaklah lulus enam (6) mata pelajaran dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) termasuk subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Mohon Juga: Jawatan Kosong Perodua 2026. Pelbagai Jawatan ditawarkan!

Cara Mohon Jawatan Kosong MARA 2025
- Permohonan jawatan kosong MARA diatas hendaklah melalui portal rasmi MARA di https://www.mara.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang dibuat secara dalam talian melalui pautan yang sah sahaja akan diterima. Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.
- Permohonan yang diterima akan disaring berasaskan syarat lantikan dan syarat khas yang telah ditetapkan.
- Pemohon yang melepasi saringan akan dipanggil untuk mengikuti Ujian MyPersonaliti.
- Pemohon yang berjaya dalam Ujian MyPersonaliti sahaja akan dipanggil untuk mengikuti proses penilaian seterusnya iaitu MARA Assessment Center (MAC).
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi :
Unit Pengambilan dan Penempatan
Telefon : 03 – 2613 5012 / 03 – 2613 5014 / 03 – 2613 5015
E-mel : [email protected]
Alamat :
PENGARAH
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA
TINGKAT 18, IBU PEJABAT MARA
21, JALAN MARA
50609 KUALA LUMPUR.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan/ swasta yang terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan. Sebarang permohonan hendaklah melalui portal rasmi seperti yang telah kami beritahu di bahagian cara mohon. Kami tidak mengambil sebarang maklumat peribadi pemohon di laman web ini.
