Terkini! Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong 2026.

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Perbandaran Bentong, Pahang kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong 2026 terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Majlis Perbandaran Bentong, Pahang
Penempatan:Pahang
Kelayakan:SPM / SVM/ SKM
Taraf Jawatan:Tetap
Tarikh Tutup:11 September 2026 (Jumaat)

Senarai Kekosongan Jawatan

Senarai KekosonganGred JawatanKelayakan Akademik
Penolong Arkitek LandskapJA5Sijil/ Diploma
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) / Penolong JuruteraJA5Sijil Kejuruteraan / Diploma
Kejuruteraan
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
JA5Sijil Perancang Bandar & Wilayah / Diploma Perancang Bandar & Wilayah
Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)
N1SPM/ SVM/ SKM
Pembantu Khidmat AmH1SPM/ SVM/ SKM

Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong Kerani Pejabat & Pegawai Eksekutif di Tekun Nasional 2026 dibuka

Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong 2026

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong 2026

  • Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong 2026 diatas hendaklah melalui Laman Rasmi Majlis Perbandaran Bentong di https://www.mpbentong.gov.my/ atau melalui pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan di bawah.
  • Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong yang boleh dimuat turun di bawah
  • Anak Pahang dan pemegang kad pengenalan kod Negeri Pahang 06,32 atau 33;
  • Ibu atau bapa calon merupakan anak Pahang dan pemegang kad pengenalan kod Negeri Pahang 06,32 atau 33; dan Ibu dan bapa atau calon merupakan pemastautin di Negeri Pahang melebihi 10 tahun. (Calon perlulah mengemukakan surat pengesahan pemastautin yang dikeluarkan oleh Penghulu Mukim).
  • Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat seperti berikut :-
    • (a) Sekeping gambar terkini berukuran passport iaitu 3.5 cm x 5.0 cm (tidak dibenarkan gambar imbas atau difotostat);
    • (b) Salinan kad pengenalan (depan dan belakang);
    • (c) Salinan surat beranak;
    • (d) Salinan kad pengenalan ibu/bapa; bagi yang telah meninggal dunia, sila sertakan salinan Sijil Kematian yang telah disahkan benar;
    • (e) Salinan keputusan peperiksaan yang disyaratkan dalam iklan dan salinan sijil berhenti sekolah serta sijil-sijil persekolahan; dan
    • (f) Sijil-sijil berkaitan
  • Setiap salinan dokumen di atas hendaklah DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut ;
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN BENTONG
JALAN KETARI 28700 BENTONG
PAHANG DARUL MAKMUR
(u.p. Jabatan Khidmat Pengurusan / Bahagian Sumber Manusia )

Penting!

Permohonan akan DITOLAK jika borang permohonan :-

(a) Tidak menggunakan Borang Permohonan Jawatan
(b) Tiada salinan sijil kelahiran
(c) Tiada salinan kad pengenalan pemohon / ibu / bapa dan sijil kematian (jika berkaitan)
(d) Tidak mempunyai surat pengesahan pemastautin (jika berkaitan)
(e) Tiada salinan kelulusan pelajaran / peperiksaan.
(f) Borang permohonan pemohon yang tidak lengkap.
(g) Borang permohonan pemohon yang tidak ditandatangani.
(h) Borang pemohon yang tidak lengkap diisi atau tidak jelas.
(i) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan.
(j) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
(k) Salinan sijil tidak diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional
(l) Gambar passport tidak disertakan atau gambar difotostat atau diimbas.
(m) Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan.
(n) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat (jika berkaitan)

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Download Borang Permohonan Jawatan Kosong Perbandaran Bentong Disini

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment