Jawatan Kosong PTNPK 2026 – Perbadanan Taman Negeri Perak

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPK) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan satu jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong PTNPK 2026 terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong PTNPK 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPK)
Penempatan:Perak
Kelayakan:Rujuk jadual dibawah
Taraf Jawatan:Kontrak Perkhidmatan (Contract of Services)
Tarikh Tutup:26 November 2026 (Khamis)

Senarai Kekosongan Jawatan

Senarai KekosonganSyarat Kelayakan AkademikKadar Gaji
Ranjer Komuniti (4 Kekosongan)Memiliki kelayakan akademik yang bersesuaian ATAU

Pengalaman Kerja dan kemahiran teknikal yang releven dalam bidang berkaitan yang diiktiraf

Boleh bertutur, membaca, dan menulis dalam Bahasa melayu dengan baik
RM 2,500
Pegawai Tadbir Gred N9 (1 Kekosongan)Ijazah Sarjana Muda Bidang Pentadbiran/ Perniagaan/ Pembangunan Perniagaan/ Pemasaran/ Komunikasi Strategik/ Ekonomi/ Kewangan/ Keusahawanan atau yang bersesuaian RM 2,250 – RM 11,110

Jawatan Kosong Terkini: Majlis Daerah Selama Perak dibuka! Mohon SINI

Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong PTNPK 2026

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan. (Keutamaan akan diberikan kepada anak kelahiran negeri Perak)
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong PTNPK 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
    • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
      Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    • Syarat Kelayakan Khas (Bagi Pemohon Jawatan Ranjer Komuniti)
      • Lulus Ujian Kecergasan (sekiranya ada);
      • Umur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      • Mempunyai minat yang mendalam dalam alam sekitar/ konservasi, hidupan liar/ pengurusan kawasan perlindungan.
      • Mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk melakukan tugas di lapangan.
      • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan, kemahiran komunikasi berkesan, pemikiran strategik dan inovatif, berintegriti dan amanah, mampu bekerja secara berdikari dan dalam pasukan, proaktif dan sentiasa berusaha.
      • Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah / dadah juvana.
      • Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak mempunyai penyakit kronik

Cara Mohon Jawatan Kosong PTNPK 2026

  • Permohonan Jawatan Kosong PTNPK 2026 diatas hendaklah melalui Laman Rasmi Digital Perak di https://digital.perak.my/ atau melalui pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan di bawah.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang pernah memohon jawatan yang sama sebelum ini perlu mengemas kini dan menghantar semula permohonan dalam tempoh iklan kekosongan jawatan dibuka.
  • Hanya permohonan yang dibuat dalam tempoh iklan dibuka sehingga tarikh tutup sahaja akan diambil kira. Permohonan terdahulu tidak akan dikira.
  • Semasa membuat permohonan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada:

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Perbadanan Taman Negeri Perak
No. 28, 28A & 28B, Jalan Lang Indah A/1
Pusat Perniagaan Lang Indah
30010 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-5430102

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment