Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Syarikat Indah Water Konsortium Sdn Bhd kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Indah Water 2026 terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Indah Water 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Indah Water Konsortium Sdn. Bhd |
| Penempatan: | Pelbagai Negeri |
| Kelayakan: | Diploma |
| Taraf Jawatan: | Tetap/ Kontrak |
| Tarikh Tutup: | – |
Senarai Jawatan Kosong Indah Water 2026
| Senarai Kekosongan | Syarat Kelayakan Akademik | Penempatan |
| Supervisor – Treatment | Diploma Kejuruteraan Elektrik atau Mekanikal. | Pahang |
| Technician – Treatment | Sijil Juruteknik dalam Kejuruteraan Elektrik atau Mekanikal/ Sijil JBE Wireman atau Tahap 2 MLVK | Cyberjaya |
| Technician – M & E | Sijil Juruteknik dalam Kejuruteraan Elektrik atau Mekanikal/ Sijil JBE Wireman atau Tahap 2 MLVK | Cyberjaya |
| Technician – M & E | Sijil Juruteknik dalam Kejuruteraan Elektrik atau Mekanikal/ Sijil JBE Wireman atau Tahap 2 MLVK | Subang Jaya |
| Finance Assistant – General Ledger | Diploma Perakaunan | Kuala Lumpur |
| Team Leader – M & E | Sijil dalam Kejuruteraan Sivil/ Elektrik atau Mekanikal atau bidang yang berkaitan | Seberang Perai, Penang |
| Team Leader – Treatment | Sijil dalam Kejuruteraan/ Elektrik atau Mekanikal atau bidang yang berkaitan | Subang Jaya |
| Supervisor – Treatment | Diploma Kejuruteraan Elektrik atau Mekanikal | Seri Manjung, Perak |
| Team Leader – Treatment | Sijil dalam Kejuruteraan Sivil/ Elektrik atau Mekanikal atau bidang yang berkaitan | Gombak |
| Supervisor – Treatment | Diploma Kejuruteraan Elektrik atau Mekanikal | Klang |
Jawatan Kosong Terkini: Jawatan kosong Perodua 2026 Terkini (Pengambilan November)
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong Indah Water 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Kosong Indah Water
- Permohonan Jawatan kosong Indah Water bagi tahun 2026 hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi MyFutureJobs di https://myfuturejobs.gov.my/ atau menerusi pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan di bawah. Bagi pemohon yang belum mempunyai akaun, anda dikehendaki mendaftar akaun baharu terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
- Semasa mengemukakan permohonan, calon hendaklah memastikan resume yang dimuat naik adalah lengkap dan terkini. Resume tersebut perlu mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa, gaji yang dipohon serta gambar berukuran pasport. Pemohon juga perlu menyertakan salinan sijil-sijil berkaitan bagi menyokong permohonan yang dikemukakan.
- Pemohon dinasihatkan supaya mengisi setiap maklumat yang diperlukan dengan lengkap, tepat dan teliti bagi mengelakkan sebarang masalah sepanjang proses permohonan. Pastikan juga segala maklumat dan dokumen yang telah didaftarkan sentiasa dikemas kini.
- Bagi calon yang telah mendaftar dan mengemukakan permohonan untuk jawatan yang disenaraikan, anda tidak perlu membuat permohonan baharu selagi tempoh permohonan jawatan tersebut masih dibuka.
- Untuk makluman, hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan akan disenarai pendek serta dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
- Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan jawatan, permohonan tersebut hendaklah dianggap tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
