Jawatan Kosong Interim/ Tetap di SPA Kedah 2025 dibuka!

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Kedah kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan jawatan kosong Interim dalam Perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon.

Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Interim di SPA KEDAH bagi tahun 2025.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Interim di SPA Kedah sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Penempatan:Kedah
Kelayakan:SPM/ SVM/ Diploma/ Ijazah
Taraf Jawatan:Kontrak Interim/ Contract of service
Tarikh Tutup:15 Julai 2025

Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Taraf JawatanKelayakan Akademik
Pegawai Tadbir Gred N9Interim/ Tetap Ijazah
Penolong Pegawai Tadbir Gred N5Interim/ TetapSTPM/ Matrikulasi/ Diploma
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/ Penolong Jurutera Gred JA5 –Interim/ TetapJA 1 :
SPM
SPM + SKM Tahap 2 SPM + SKM Tahap 3,
JA5 :
Sijil Kejuruteraan/ Diploma Kejuruteraan
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA5Interim/ TetapSijil/ Diploma
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1 –Interim/ TetapSPM/
SPM + Sijil Perdagangan Malaysia (Simpan kira-kira), /
SPM + SKM Tahap 2/ SPM + Sijil Perdagangan Malaysia (Perakaunan)
Setiausaha Pejabat/ Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N1 –Interim/ TetapSPM/ SVM
Pembantu Vaterinar Gred G1 –Interim/ TetapSPM/ SVM
Pegawai Undang-Undang Gred L9Contract of service Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah
Pembantu Belia dan Sukan Gred S1Contract of serviceSPM/ SVM

Baca Juga :

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Interim di SPA Kedah yang hendak dipohon. Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon

  • Permohonan jawatan kosong diatas hendaklah melalui portal rasmi di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah di pautan berikut: https://espa.kedah.gov.my/login.php?a=NTA3MTY1 atau pautan Mohon Jawatan/ APPLY NOW yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki menghantar resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) Ke alamat yang diberi untuk membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan/ APPLY NOW

INFO

  1. Taraf perlantikan Kontrak Interim/ Tetap bagi calon lantikan baharu adalah berdasarkan Kontrak perlantikan interim selama 3 Tahun. Jika pemohon sedia ada dalam Perkhidmatan kerajaan, ianya adalah perlantikan Tetap.
  2. Taraf Perlantikan Contract of Service, jika dilantik, akan tertakluk kepada syarat dan peraturan Perkhidmatan yang berkuat kuasa.

Tarikh Penting Permohonan:

Tarikh Permohonan dibuka: 25 Jun 2025 (Rabu)
Tarikh Permohonan Ditutup : 15 Julai 2025 (Selasa)

TipS Mengisi Borang Permohonan SPA Kedah Online:

  1. Pemohon dengan Kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan Kelayakan tersebut di dalam system SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”
  2. Pemohon dengan kelayakan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan atau peringkat Tertinggi hendaklah
    mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
  3. Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”

Jom Mohon Jawatan Kosong Interim di Perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul AMAN. Kontrak adalah mengikut Kontrak Interim (3 tahun) atau secara “Contract of Service” bergantung kepada jawatan yang dimohon. Pelbagai Kelebihan seperti Caruman EPF/Socso, Cuti Sakit Dan pelbagai lagi.

Jom Mohon Sekarang!

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment