SEMAKAN BANTUAN RAKYAT SABAH FASA 2 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 2 (RM900)

Bukan sahaja Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja yang layak untuk memohon dan menerima Bantuan Rakyat Sabah Fasa 2 bernilai sebanyak RM900. Malah Ahli Isi Rumah (AIR) juga layak untuk memohon dan menerima Bantuan Rakyat Sabah bagi tahun ini.
Bagaimanakah semakan Bantuan Rakyat Sabah Fasa 2 untuk mengetahui sama ada layaka tidak tidak terima fasa 2? Ikuti maklumat dan panduan di bawah.
BACA JUGA : BARANGAN MYKASIH 2025 : SENARAI BARANG & CARA GUNA
PENGENALAN BANTUAN RAKYAT SABAH FASA 2
Bantuan Rakyat Sabah adalah derivasi daripada program SYUKUR Sabah iaitu satu Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang merupakan sebuah bantuan tunai yang bersasar disalurkan kepada lebih 100,000 rakyat Sabah yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan bagi memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
SYARAT PENERIMA BANTUAN RAKYAT SABAH FASA 2 2025
Antara syarat-syarat kelayakan penerima SYUKUR Sabah adalah:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Merupakan pemegang kad pengenalan (Status H9);
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah lebih 1 tahun; dan
- Ketua isi rumah (KIR) miskin atau miskin tegar tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih setakat 31 Disember 2024.
SEMAKAN BANTUAN RAKYAT SABAH FASA 2 2025
Ikuti cara semakan Bantuan Rakyat Sabah Fasa 2 untuk mengetahui sama ada layak atau tidak terima fasa 2 :
- Layari laman web rasmi SYUKUR di sini : https://syukur.sabah.gov.my.
- Halaman utama laman web rasmi SYUKUR akan dipaparkan.
- Klik butang [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
- Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN RAKYAT SABAH FASA 2 2025
Berikut merupakan Jumlah Bantuan Rakyat Sabah Fasa 2 2025 yang akan disalurkan kepada setiap penerima yang layak :
FASA PENYALURAN | JUMLAH BANTUAN |
FASA 1 (Januari – Mac) | RM300 + RM300 + RM300 = RM900 (Sekaligus) |
FASA 2 (April – Jun) | RM300 + RM300 + RM300 = RM900 (Sekaligus) |
FASA 3 (Julai – September) | RM300 + RM300 + RM300 = RM900 (Sekaligus) |
FASA 4 (Oktober – Disember) | RM300 + RM300 + RM300= RM900 (Sekaligus) |
= RM3,600 setahun |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN RAKYAT SABAH FASA 2 2025
Penyaluran Bantuan SYUKUR Sabah fasa kedua (2) adalah dijadulakan seperti berikut :
JENIS PENERIMAAN | TARIKH PENYALURAN FASA 2 |
Melalui akaun bank penerima (Bagi penerima ada akaun bank) | April 2025 |
Secara tunai (Bagi penerima tiada akaun bank) | April – Mei 2025 (berperingkat) |
Permohonan baharu yang lulus Fasa 2 | Mei 2025 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah : 088 338 338
Talian WhatsApp : 010-582 8207
E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/auth.