DOWNLOAD APP MYKASIH : SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH DI SUPERMARKET TERKINI 2025

DOWNLOAD APP MYKASIH : SEMAKAN BARANG MYKASIH DI SUPERMARKET TERKINI 2025.

Kini terdapat lebih 1,200 kedai serta pasaraya yang terpilih menerima pembayaran barangan keperluan asas dengan menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad dengan kadar yang ditetapkan setiap bulan.

Download App Mykasih untuk semak senarai barang dalam mykasih app sebelum melakukan pembelian. Ikuti panduan lengkap di bawah.

CARA DOWNLOAD APP MYKASIH

Antara cara paling mudah yang boleh anda lakukan untuk pembelian/ pemilihan barang SARA (Sumbangan Asas Rahmah) adalah melalui app mykasih. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk memuat turun apps tersebut.

Ikuti Langkah dibawah.

  1. Buka laman Web Rasmi Mykasih disini : https://mykasih.com.my/mykasih-app/
  2. Pilih Applikasi yang terdapat di dalam phone anda.
  3. Klik pada butang download/ muat turun aplikasi.

CARA LOGIN APLIKASI SEMAKAN BARANG SARA 2025

  1. Setelah berjaya Memuat turun aplikasi, anda perlu login/ log masuk
  2. Log Masuk dengan mengisi maklumat kad Pengenalan (TANPA SENGKANG (-)) Serta No Talifon.
  3. Klik butang login.
  4. Masukkan OTP yang diberikan kepada no talifon yang telah anda masukkan tadi.
  5. Anda telah berjaya log masuk dan paparan Jumlah SARA anda akan dipaparkan.
  6. Klik pada Icon barcode (Check Item)
  7. Anda boleh Scan Barcode barang keperluan asas yang ingin dibeli. Jika Layak, akan dipaparkan “BARANG INI LAYAK DIBAWAH PROGRAM SARA 2025”
  8. Selesai.

BACA JUGA: KETAHUI SENARAI TERKINI JENAMA/BRAND LULUS MYKASIH DI SUPERMARKET TERDEKAT ANDA

CARA BAYAR BARANG MYKASIH DI KAUNTER KEDAI (MYKASIH APP)

Cara pembayaran setelah anda selesai memilih barang melalui mykasih app adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan.
  2. Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan.
  4. Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  5. Imbas Kod Barangan
  6. Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  7. Bayar Menggunakan MyKad
  8. Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  9. Simpan Resit Untuk Semakan
  10. Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  11. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/

Leave a Comment