TARIKH BAYARAN BANTUAN RAHMAH STR FASA 2 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH BAYARAN BANTUAN RAHMAH STR FASA 2 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Pada tahun 2025, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diperkukuh dengan peruntukan sebanyak RM13 bilion, lebih tinggi berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya, bagi memastikan lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana menerima bantuan tunai secara berfasa dalam mengatasi cabaran kos sara hidup.

Bilakah tarikh bayaran bantuan rahmah str fasa 2 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025 : CHECK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM2100)

SYARAT LULUS BAYARAN BANTUAN RAHMAH STR

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

Isi Rumah

    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

    Warga Emas Tiada Pasangan

      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
      • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
      • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.

      Bujang

        • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
        • Berumur 21-59 tahun; dan
        • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
        • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
        • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

        TARIKH MASUK BAYARAN BANTUAN RAHMAH STR FASA 2

        Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:

        Pembayaran Fasa 2 Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat.

        Namun begitu, jika terdapat sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran, pihak kami akan maklumkan dan kemaskini dari semasa ke semasa.

        KAEDAH BAYARAN BANTUAN RAHMAH STR

        Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

        Pengkreditan ke akaun bank penerima:

        Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU

        Secara Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):

        Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan ‘gagal kredit’ bayaran boleh diambil secara tunai di kaunter BSN berdekatan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

        LOGIN DAN SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN RAHMAH STR ONLINE

        Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

        1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
          https://bantuantunai.hasil.gov.my/
        2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
        3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
        4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
        5. Tekan pada butang [Log Masuk].
        6. Seterusnya, klik [Semak].
        7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
        8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
        9. Masukkan kata laluan yang betul.
        10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
        11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
        12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
        13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
        14. Selesai.

        RUJUKAN

        Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

        Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
        e-Mel : str@treasury.gov.my

        PENAFIAN

        Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

        Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

        Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

        Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
        https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

        Leave a Comment