Jumlah Bayaran STR FASA 2 2025: Jumlah Pembayaran STR Fasa 2 mengikut Kategori.

Secara rasminya pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 bakal disalurkan sebelum perayaan Aidilfitri iaitu bermula 24 Mac 2025 (Isnin) dan akan kreditkan mengikut peringkat bergantung kepada bank penerima masing-masing.
Bagaimana cara Semak Jumlah Bayaran STR Fasa 2 2025 mengikut kategori? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : RASMI STR FASA 2 2025. TARIKH PENGUMUMAN PEMBAYARAN STR FASA 2 2025
SYARAT KELAYAKAN BAYARAN STR FASA 2?
Permohonan yang layak terima STR FASA 2 adalah merujuk kepada pemohonan STR berstatus LULUS dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Kategori yang layak ialah:
Isi Rumah
- Berpendapatan isi rumah < RM 2,500
- Pendapatan Isi rumah diantara RM 2,501 – RM 5,000.
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat kelayakan.
Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025
Pembayaran STR FASA 2 adalah seperti berikut.
- Isi Rumah Berpendapatan < RM 2,500
Bilangan anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 | 1,000 | 500 | 150 | – | – |
1-2 | 1,500 | 500 | 300 | – | – |
3-5 | 2,000 | 500 | 500 | – | – |
>5 | 2,500 | 500 | 650 | – | – |
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 – RM 5,000
Bilangan anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 | 500 | 150 | 100 | – | – |
1-2 | 750 | 150 | 200 | – | – |
3-5 | 1,000 | 250 | 250 | – | – |
>5 | 1,250 | 300 | 300 | – | – |
- BUJANG/ WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Pendapatan Bujang < RM 2,500
- Berumur 21 – 59 tahun / OKU Berumur 19 – 59 tahun
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
600 | 150 | 150 | – | – |
- Pendapatan Warga Emas < RM 5,000
- Berumur > 60 Tahun
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
600 | 150 | 150 | – | – |
Nota: Pembayaran Bagi Fasa 3 dan Fasa 4 akan dikemaskini setelah terdapat pengumuman terbaru dari pihak yang berkenaan.
Cara Semak Jumlah Bayaran STR FASA 2
Berikut merupakan pautan laman rasmi Bantuan Tunai Hasil (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#
Ikuti panduan check status kelayakan bayaran STR Fasa 2 seperti berikut :
- Layari laman rasmi Bantuan Tunai Hasil (STR) atau klik pada pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran STR Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
atau, anda boleh menggunakan mydigital id anda. Untuk Login Menggunakan Mydigital ID anda, boleh baca disini,
Baca : MyDigital ID STR LOGIN 2025: Cara “Login” STR menggunakan MyDigital ID.
Kaedah Bayaran STR FASA 2
Kaedah Pembayaran bagi permohonan STR FASA 2 adalah seperti berikut:

RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf