MyDigital ID STR LOGIN 2025: Cara “Login” STR menggunakan MyDigital ID.

Bermula 1 Mac 2025, Para pengguna laman web Sumbangan Tunai Rahmah boleh mengunakan satu inisiatif lain yang disediakan oleh pihak LHDN untuk masuk ke dalam portal STR iaitu melalui MyDigital ID STR. Ini akan memudahkan banyak pihak terutama bagi mereka yang mengalami kesukaran mengingat “password” atau kata laluan mereka.
Bagaimana cara untuk login laman web STR menggunakan MyDigital id STR ini? Ikuti info lebih lanjut yang akan dikongsikan di bawah.
Baca Juga: PISMP & PPC: Permohonan Calon Guru Tajaan KPM DIBUKA (Ambilan 2025)
Kenyataan Media LHDN
Berikut merupakan kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh pihak LHDN untuk orang ramai mengenai pengunaan MyDigital ID STR ini.


Apa itu MYDIGITAL ID STR?
MyDigital ID adalah inisiatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai. Pengesahan identiti merujuk terus ke pangkalan data kerajaan, tanpa menyimpan sebarang data peribadi serta tidak menggantikan sistem MyKad. Ia juga memudahkan akses ke aplikasi dan portal dalam talian dengan menggunakan hanya satu kata laluan.
Kelebihan MyDigital ID STR
Antara kelebihan Mempunyai Mydigital ID ialah;
- Dapat menggunakan MyDigital ID untuk akses perkhidmatan bila-bila masa, di mana-mana.
- Jimat Masa dan Kurang Stres. Transaksi anda menjadi lebih pantas & efisien.
- Pengesahan Biometrik Selamat. Dapat disahkan terus melalui pangkalan data kerajaan yang dipercayai.
- Pendaftaran Mudah untuk Perkhidmatan Baharu. Anda dapat menikmati pengalaman yang lebih mudah dan pantas dengan log masuk menggunakan MyDigital ID.
- Selamat, pantas dan mudah bagi tujuan transaksi atas talian
- Memudahkan akses perkhidmatan kerajaan di atas talian (JPJ, PDRM, JPN, SPRM dan LHDN)
Cara Muat Turun dan Daftar MyDigital ID STR
Anda boleh memuat turun aplikasi MyDigital ID melalui pautan di bawah:
- Google Play Store (Android) : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.mimos.signetclient&pcampaignid=web_share
- Apps Store (iPhone) : https://apps.apple.com/my/app/mydigital-id/id1435289143
- AppGallery (HUAWEI) : https://appgallery.huawei.com/Featured
Cara Daftar MyDigital ID STR
Sebagai langkah persediaan, sediakan MyKad serta muat turun dan pasangkan aplikasi MyDigital ID di telefon pintar anda.
- Klik pada “Daftar Online” di aplikasi MyDigital ID.
- Masukkan Email anda
- Masukkan kod OTP
- Isi Maklumat yang diperlukan seperti nama serta kad pengenalan anda tanpa Sengkang (-)
- Ambil Gambar MyKad anda (bahagian depan dan belakang)
- Lengkapkan Imbasan Wajah.
- Anda perlu Menetapkan kata laluan Minimum 8 aksara dan sahkan kata laluan tersebut.Klik Hantar.
- Selesai. Identiti digital anda kini disimpan dengan selamat dalam aplikasi MyDigital ID.
Cara Mengakses Portal MySTR Menggunakan MyDigital ID STR
Bagi mereka yang ingin menggunakan MyDigital ID untuk mengakses portal STR, berikut adalah langkah mudah yang boleh diikuti:
- Layari portal rasmi STR di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Pilih kaedah log masuk, sama ada menggunakan MySTR atau MyDigital ID.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan ikuti arahan yang diberikan.
- Setelah log masuk berjaya, pengguna boleh melakukan semakan status permohonan STR, mengemaskini maklumat, atau membuat permohonan baharu.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai MyDigital ID ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah.
- HASiL Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara);
- HASiL Live Chat; dan
- Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.digital-id.my/
