BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA.

BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA.

Penerima bantuan MyKasih yang layak boleh membeli barangan dapur asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa dan sebagainya pada setiap bulan hingga ke penghujung tahun 2025.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Barang Dapur MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : [DOWNLOAD BORANG] PERMOHONAN LESEN MOTOR PERCUMA : MYLESEN JPJ TAHUN 2025

CARA PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Bantuan Barang Dapur bukanlah diberikan secara fizikal. Namun, kerajaan akan mengkreditkan wang tunai melalui IC penerima dan penerima boleh membuat pembelian barangan dapur secara tanpa tunai di kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia mengikut 10 jenis barangan dapur yang disenarai.

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH 2025

Berikut merupakan senarai Barang Dapur yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKasih:

Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH 2025

Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :

Isi RumahRM100/RM200 sebulan
(RM2,100 setahun).
Warga EmasRM100/RM150 sebulan
(RM1,650 setahun).
BujangRM50 sebulan
(RM600 setahun)

Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :

Isi RumahRM100 sebulan
(RM900 setahun).
Warga EmasRM50 sebulan
(RM450 setahun).

*Nota : Sekiranya baki yang dikreditkan ke dalam kad pengenalan tidak habis digunakan untuk pembelian barang dapur, baki akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga ke jumlah maksimum.

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH 2025

Pemberian Bantuan Barang Dapur adalah mengikut tarikh seperti berikut :

  • Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
    • Setiap bulan bermula 15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025.
  • Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
    • Setiap bulan bermula 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025.

CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH 2025

Ikuti cara semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Barang Dapur seperti berikut :

Semakan Status Kelayakan Penerima Melalui Portal Rasmi :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

Semakan Status Kelayakan Penerima Melalui Aplikasi :

  1. . Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    8Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment