BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Kos untuk menyara kehidupan terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan pendapatan sederhana pastinya agak mencabar oleh kerana peningkatan kos sara hidup. Justeru itu, Bantuan Asas Sara diagihkan untuk sepanjang tahun ini untuk membantu menampung kos sara hidup rakyat yang kurang berkemampuan.

Bagaimanakah semak status layak atau tidak terima Bantuan Asas Sara Hidup 2025? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM900 & RM2100)

APA ITU BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025

Bantuan Asas Sara atau rasminya diperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diagihkan setiap bulan sebagai Bantuan Sara Hidup untuk membantu rakyat menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan peralatan pendidikan anak.

JUMLAH BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025

Bantuan Asas Sara akan diagihkan dengan jumlah yang berbeza bagi setiap kategori mengikut kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar : RM2,100 setahun.
    • Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM900 setahun.
  • Kategori Warga Emas :
    • Warga Emas Miskin dan Miskin Tegar : RM1,650 setahun.
    • Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM450 setahun.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang Miskin dan Miskin Tegar : RM600 setahun.
      Bujang Asas Bukan Miskin : Tiada.

CARA AGIHAN BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025

Bagaimanapun cara agihan Bantuan Asas Sara bukanlah secara tunai sekaligus. Namun, kerajaan akan menyalurkan bantuan secara ansur berperingkat setiap bulan melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (IC) penerima yang membolehkan penerima untuk membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan.

TARIKH AGIHAN BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025

Tarikh agihan Bantuan Asas Sara hidup 2025 pada setiap bulan telahpun dijadualkan kepada setiap penerima seperti berikut :

PENERIMA BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR PENERIMA BERSTATUS ASAS BUKAN MISKIN
15/01/2025,Rabu
01/02/2025,Sabtu
01/03/2025, Sabtu
01/04/2025, Selasa01/04/2025, Selasa
01/05/2025, Khamis 01/05/2025, Khamis
01/06/2025, Ahad01/06/2025, Ahad
01/07/2025, Selasa01/07/2025, Selasa
01/08/2025, Jumaat01/08/2025, Jumaat
01/09/2025, Isnin01/09/2025, Isnin
01/10/2025, Rabu01/10/2025, Rabu
01/11/2025, Sabtu01/11/2025, Sabtu
01/12/2025, Isnin01/12/2025, Isnin

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025

Untuk mengetahui status anda layak atau tidak terima Bantuan Asas Sara, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment