BUDI MADANI 2025 : SUBSIDI BUDI AGRI KOMODITI (SUBSIDI DIESEL PETANI DAN PEKEBUN KECIL) RM 200 KEPADA PENERIMA YANG LAYAK

BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi diesel disasarkan kepada golongan yang layak. Melalui Belanjawan 2024 yang telah diumumkan, pihak kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi diesel bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
BACA JUGA: BUDI MADANI 2025: SUBSIDI BUDI INDIVIDU RM200 KEPADA PENERIMA YANG LAYAK
Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, program BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi diesel hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
KATEGORI PENERIMA SUBSIDI

MAKSUD SUBSIDI BUDI AGRI KOMODITI (PETANI DAN PEKEBUN KECIL)
BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada
pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus
untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil
(Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar
dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
SYARAT KELAYAKAN BUDI AGRI KOMODITI
Bagi kategori pertanian, pengusaha pertanian termasuk petani dan penternak yang terlibat dalam aktiviti tanaman, ternakan dan akuakultur layak memohon bantuan penyasaran subsidi diesel. Subsidi sedia ada akan diteruskan sehingga dimaklumkan kelak.
Bagi kategori perladangan pula, pengusaha pertanian termasuk pekebun kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf layak memohon.
Kriteria kelayakan bantuan penyasaran subsidi diesel sektor pertanian dan
perladangan adalah seperti berikut:
a) Petani Kecil
- Warganegara Malaysia
- Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro di pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/ ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:
- Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
- Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
- Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan)
- Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
b) Pekebun Kecil
- Warganegara Malaysia
- Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia
- Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
- Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah.
- Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah
- Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
*Nota: Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia boleh membuat semakan ke atas maklumat pendapatan yang telah dikemukakan dan sekiranya perlu, mengeluarkan notis di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 ke atas pemohon bagi pengemukaan borang nyata cukai pendapatan.
CARA MOHON SUBSIDI BUDI AGRI KOMODITI
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my, setelah pendaftaran dengan KPKM dan KPK selesai.
CARA SEMAK LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN BUDI AGRI KOMODITI
Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak
Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
KAEDAH BAYARAN BUDI AGRI KOMODITI
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau sekiranya penerima yang lulus tiada akaun bank, bantuan dapat diterima secara tunai di mana-mana Cawangan BSN .
MAKLUMAT LANJUT
Pertanyaan berkaitan bantuan bagi petani kecil boleh dipanjangkan melalui
talian KPKM: 03-88701207
e-mel : geoagroadmin@kpkm.gov.my.
Waktu operasi : 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat)
Pertanyaan barkaitan bantuan bagi pekebun kecil boleh dipanjangkan
melalui
Talian kpk: 03-8880 1475
e-mel: budiagrikomoditi@kpk.gov.my.
Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat).
Pertanyaan umum bekenaan BUDI MADANI boleh disalurkan melalui emel kepada
budimadani@treasury.gov.my.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://budimadani.gov.my/Download/Faq/FAQ_BUDI_Agri-Komoditi_Latest.pdf