BUDI MADANI 2025: SUBSIDI BUDI INDIVIDU RM 200 KEPADA YANG LAYAK

BUDI MADANI 2025: SUBSIDI BUDI INDIVIDU RM 200 KEPADA PENERIMA YANG LAYAK

TERKINI! Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, program BUDI MADANI 2025 telah diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan.

Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai sebanyak RM 200 Setiap bulan bagi penerima yang layak untuk membendung kenaikan kos sara hidup.

BACA JUGA: BUDI MADANI 2025 : CARA MOHON BANTUAN SUBSIDI DIESEL KEPADA PENGANGKUTAN DARAT AWAM YANG LAYAK

untuk maklumat lanjut, boleh teruskan dengan pembacaan dibawah.

KATEGORI PENERIMA SUBSIDI BUDI MADANI 2025

Penerima Subsidi Budi Madani 2025 ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu;

  1. BUDI MySubsidi Diesel (Pengangkutan Darat)
    • Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ialah platform khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih terus mendapatkan subsidi diesel melalui “fleet card”.
  2. BUDI Agri-Komoditi (Petani dan Pekebun Kecil)
    • Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.
  3. BUDI Individu (Individu)
    • Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.

MAKSUD SUBSIDI BUDI INDIVIDU

BUDI Individu merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN SUBSIDI BUDI INDIVIDU

Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:

KRITERIA SYARAT-SYARAT
a) Pemohon1. Warganegara Malaysia; dan
2. Pendapatan tahunan individu atau
pasangan RM100 ribu dan ke
bawah*.
b) Kriteria Pemilikan Kenderaan1. Kenderaan kegunaan persendirian
(diesel) individu;
2. Lesen Kenderaan Motor (Cukai
Jalan) aktif;
3. Kenderaan diesel diisytiharkan di
Semenanjung Malaysia; dan
3. Berdaftar di JPJ menggunakan
nombor MyKad.
c) Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI
Individu
1. Motosikal diesel;
2. Kenderaan persendirian berdaftar
bagi kegunaan syarikat /
pertubuhan.
3. Kenderaan mewah di bawah usia 10
tahun.
4. Kenderaan berdaftar sebagai e-
hailing.
5. Jenis kenderaan: Karavan,
motorhome, van persiaran, dan bas
persiaran.

*Nota: Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia boleh membuat semakan ke atas maklumat pendapatan yang telah dikemukakan dan sekiranya perlu, pihak LHDN akan mengeluarkan notis di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 ke atas pemohon bagi pengemukaan borang nyata cukai pendapatan.

CARA SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SUBSIDI BUDI INDIVIDU

Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan melalui portal rasmi BUDI MADANI 2025 di https://budimadani.gov.my.

Sekiranya tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan SUBSIDI BUDI INDIVIDU, permohonan akan dibawa bagi semakan kelayakan bulan berikutnya dengan data agensi berkaitan secara automatik.

CARA MOHON SUBSIDI BUDI INDIVIDU

Permohonan BUDI Individu adalah terhad secara dalam talian melalui portal rasmi
SUBSIDI BUDI Individu di https://budimadani.gov.my dengan kaedah berikut:

  1. Mendaftar akaun pengguna
  2. Klik pada menu Permohonan Baharu > Pemilikan Kenderaan (Diesel) Individu
  3. Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
    • No. Mykad
    • No. Telefon Bimbit
    • Nama Bank
    • No. Akaun Bank
    • Alamat e-mel yang aktif
  4. Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
    • Nombor Pendaftaran Kenderaan
    • Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
    • Jenama / Model Kenderaan
    • Kelas Kegunaan Kenderaan

JUMLAH BAYARAN SUBSIDI BUDI INDIVIDU

Permohonan yang diluluskan akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 sebulan.

KAEDAH PEMBAYARAN SUBSIDI BUDI INDIVIDU

Kaedah pembayaran/ Pengkreditan RM 200 kepada penerima yang layak adalah melalui dua cara iaitu;

  1. Dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem SUBSIDI BUDI INDIVIDU
  2. Secara TUNAI/ CASH di mana-mana Cawangan BSN Sekiranya tiada akaun bank.

TARIKH BAYARAN BUDI MADANI 2025

Bagi mereka yang telah diluluskan, pembayaran bagi tahun 2025 akan bermula mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tarikh bayaran BUDI MADANI bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

TARIKH MOHONTARIKH BAYARAN
1-31 Januari 202507 Februari 2025
1-28 Februari 202507 Mac 2025
1-31 Mac 202511 April 2025
1-30 April 202509 Mei 2025
1-31 Mei 202506 Jun 2025
1-30 Jun 202507 Julai 2025
1-31 Julai 202508 Ogos 2025
1-31 Ogos 202509 September 2025
1-30 September 202508 Oktober 2025
1-31 Oktober 202507 November 2025
1-30 November 202505 Disember 2025
1- 31 Disember 202509 Januari 2026

MAKLUMAT LANJUT

Pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK)
HASiL atau Talian BUDI MOF bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari
bekerja di talian berikut:

Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
Alamat e-mel : budimadani@treasury.gov.my

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://budimadani.gov.my/Download/Faq/FAQ_BUDI_Individu.pdf

Leave a Comment