SKAS Sarawak 2025: Cara Guna Spay Global Untuk Pembelian Barangan Bantuan SKAS Sarawak.

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

SKAS Sarawak 2025: Cara Guna Spay Global Untuk Pembelian Barangan Bantuan SKAS Sarawak.

Bantuan SKAS Sarawak 2025 baru-baru ini akan disalurkan kepada penerima menggunakan satu platform aplikasi SPAY Global. Nilai bantuan adalah antara RM250 hingga RM800, bergantung kepada kategori penerima.

Lebih 880,000 rakyat Sarawak layak menerima bantuan di bawah inisiatif SKAS yang disalurkan melalui aplikasi ini. Berikut akan dikongsikan Bersama cara guna spay global untuk pembelian barangan bantuan skas Sarawak 2025.

Ikuti info lebih lanjut dibawah.

Baca Lagi: CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025 (DISINI)

Apa Itu Bantuan SKAS Sarawak?

Sumbangan Keperluan Asas (SKAS) merupakan bantuan kewangan oleh Kerajaan Sarawak kepada rakyatnya melalui baucar digital iaitu e-dompet S Pay Global khusus untuk pembelian barangan makanan asas harian seperti beras, tepung, dan minyak masak di pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar sebagai merchant di SPAY GLOBAL.

Jumlah Bantuan Sarawak 2025

Kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM 800
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawahRM 400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM 250

Apa Itu SPAY GLOBAL?

SPay Global (dahulunya dikenali sebagai Sarawak Pay) merupakan satu platform aplikasi mudah alih (apps) daripada Fintech Kerajaan Sarawak yang menyediakan fungsi e-dompet yang mudah dan terjamin. Pengguna boleh membuat pembayaran digital untuk bil dan pembelian kepada peniaga yang mengambil bahagian. Selain itu, pengguna juga boleh menambah nilai e-dompet melalui perbankan internet dan kad kredit serta menikmati kemudahan transaksi tanpa tunai.

Jenis Perkhidmatan Yang disediakan oleh SPAY GLOBAL

Antara Perkhidmatan yang disediakan oleh Spay Global:

  • Mengimbas dan membayar menggunakan kod QR.
  • Membahagikan bil antara pengguna.
  • Melakukan pemindahan dana.
  • Menikmati baucar diskaun ganjaran kesetiaan.
  • Membeli dan memperbaharui insurans, membayar pinjaman belajar, memesan makanan, membuat derma, membayar tempat letak kereta.
  • Membuat penebusan SKAS.

Cara Guna Spay Global Untuk Pembelian Barangan Bantuan SKAS Sarawak

Untuk membuat penebusan SKAS menerusi aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Install dan daftar akaun.
  2. Layari laman web SKAS disini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/211/757/
  3. Klik butang ‘Semak Kelayakan.’
  4. Klik butang ‘Sarawak ID Log Masuk.’
  5. Kemudian, klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  6. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Search.’
  7. Jika pengguna layak menerima SKAS, klik butang ‘Proceed Update.’
  8. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Submit.’
  9. Kemudian, buka aplikasi S Pay Global dan klik jata Sarawak di atas belah kanan.
  10. Pengguna kemudian boleh menyemak status sumbangan tersebut.

Cara Guna Spay Global Untuk Pembayaran

Penerima SKAS yang ingin membuat pembayaran menerusi aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi tersebut.
  2. Klik bahagian ‘Scan dan Pay.’
  3. Apabila kamera telah dibuka, imbas kod QR pada premis perniagaan tersebut. Jika kod QR disimpan di dalam telefon, klik ‘Load on Code.’
  4. Isi jumlah pembayaran dan klik butang ‘Confirm.’
  5. Semak perincian pembayaran dan klik ‘Confirm.’
  6. Masukkan security pin.
  7. Pembayaran berjaya.

Peringatan

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

SKAS Sarawak
Pusat Talikhidmat: +6082-555999
e-Mel: [email protected]

Facebook : https://www.facebook.com/ServiceSarawak

S PAY GLOBAL
Pusat Talikhidmat: +6082-224599
e-Mel: [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://spayglobal.my/page-0-6-14-About-S-PAY-GLOBAL.html

Leave a Comment