PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA 2025: TARIKH SEMAKAN PEMBAYARAN BERMULA 12 MAC 2025

PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA 2025: TARIKH SEMAKAN PEMBAYARAN BERMULA 12 MAC 2025

Sukacita dimaklumkan, seramai 273,590 penerima program i-Sejahtera di Pulau Pinang bakal menerima pembayaran secara pemindahan dana elektronik (EFT) bagi Fasa 1/2025 mulai 12 Mac 2025.

Pembayaran ini melibatkan 205,042 penerima Program Penghargaan Warga Emas (PPWE), 10,298 Program Bantuan Ibu Tunggal (PBIT), 43,104 Program Suri Emas (PSE) dan 15,146 penerima program bantuan orang kurang upaya (OKU).

BACA LAGI: CARA MOHON BANTUAN ISEJAHTERA PULAU PINANG 2025: SEMAK KELAYAKAN DAN STATUS PENERIMA BANTUAN (RM 100 – RM 150)

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Program Bantuan iSejahtera 2025.

JENIS PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA UNTUK DIMOHON

Terdapat 6 program bantuan yang terdapat dalam program bantuan iSejahtera ini.

  • Program Penghargaan Warga Emas
  • Bantuan Ibu Tunggal
  • Suri Emas
  • Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Anak Emas
  • Bantuan Teksi dan Bas Sekolah.

CARA MOHON PROGRAM ISEJAHTERA

Program ini boleh dimohon secara dalam talian (online) di portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan.

  1. Semak No Kad Pengenalan
  2. Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan.
  3. Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
  4. Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.
  5. Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).

DOKUMEN SOKONGAN ISEJAHTERA YANG DIPERLUKAN

Dokumen sokongan ini perlu dimuat naik dalam portal seperti yang berikut:

SEMAKAN STATUS ISEJAHTERA

Pembayaran dilakukan secara berperingkat. Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun. Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

CARA PEMBAYARAN

Pembayaran iSejahtera dilakukan secara dua kaedah iaitu

  • Tunai (Cash)
  • Electronic Funds Transfer (EFT)

*NOTA: Sekiranya pemohon telah memilih kaedah TUNAI, pemohon boleh membuat pengemaskinian melalui memilih kaedah EFT dengan mengemukakan salinan dokumen akaun bank yang terkini melalui sistem.

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.

Pembayaran Fasa 1/2025 bagi Program i-Sejahtera, iaitu Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal, Program Suri Emas, dan Program Bantuan OKU akan dilaksanakan mulai 12 Mac 2025.

Permohonan yang dikemukakan selepas 10 Feb akan menerima bantuan pada Fasa 2/2025.

Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.

*NOTA: Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bantuan ini, sila rujuk laman web rasmi iSejahtera di pautan berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/app/panduan/panduan.pdf

Atau, layari: https://isejahtera.penang.gov.my/hubungi.php

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://isejahtera.penang.gov.my/

Leave a Comment