PENGAGIHAN FASA 1 BANTUAN SABAH RM 900 KEPADA PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025

Terkini! Seramai 100,000 penerima golongan miskin dan miskin tegar dijangka akan menerima manfaat daripada inisiatif bantuan baharu yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Sabah bermula 19 Februari 2025 sebanyak RM900 pada fasa pertama. Bagaimanakah cara semak pengagihan bayaran bagi fasa 1 Bantuan sabah rm900 2025?
Ikuti info lebih lanjut di bawah mengenai Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 ini.
BACA JUGA: SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN SABAH RM 300 SEBULAN
APA ITU BANTUAN SABAH RM900
Program ini adalah selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai inisiatif pembasmian kemiskinan dengan pelaksanaan Program Bantuan Sabah RM300 iaitu pemberian bantuan tunai khas RM 300 setiap bulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini bagi tempoh satu (1) tahun.
Pemberian Bantuan ini adalah melalui 4 fasa. Fasa-fasa ini akan kami terangkan lebih lanjut dibawah.
SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN SABAH RM900
Golongan yang layak menerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025
adalah seperti yang berikut;
- Kriteria asas
- Warganegara Malaysia; dan
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
- Serta memenuhi salah satu kriteria berikut
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)*.
Fasa 1 Bantuan Sabah RM 900 ini juga terbahagi kepada dua kategori iaitu;
KATEGORI MISKIN | KATEGORI MISKIN TEGAR |
i. Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima) | ii. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. ( Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima); atau iii. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah/ anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (c.ii) masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat. |
TUJUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Tujuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 ini diberikan khususnya untuk rakyat Negeri Sabah adalah untuk;
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; dan
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.
FASA 1 BANTUAN SABAH RM 900 DIAGIHKAN
Terdapat Empat (4) Fasa pengagihan Bantuan Sabah RM900 ini dan dilakukan sepanjang tahun. Bagi Fasa 1 Bantuan Sabah RM900 ini akan mula di agihkan bermula 19 Februari 2025.
Berikut kami sediakan Jadual Pembayaran Pengagihan Bantuan Sabah RM 900 ini.
FASA | KATEGORI | PENGAGIHAN |
FASA 1 (JANUARI – MAC 2025) | Mempunyai Akaun Bank (Dikreditkan ke dalam akaun bank) | Bermula 19 Februari 2025 |
Tidak Mempunyai Akaun Bank (Pembayaran secara Tunai) | Februari – Mac 2025 | |
Fasa 2 (APRIL – JUN) | Mempunyai Akaun Bank (Dikreditkan terus ke akaun bank) | April 2025 |
Tidak mempunyai Akaun Bank (Pembayaran Secara Tunai) | April & Mei 2025 | |
Senarai Bukan E-kasih | Mei 2025 (Dimasukkan secara berperingkat) | |
Fasa 3 (Julai – September) | Mempunyai Akaun Bank (Dikreditkan terus ke akaun bank) | Ogos 2025 |
Tidak mempunyai Akaun Bank (Pembayaran Secara Tunai) | Ogos & September 2025 | |
Fasa 4 (Oktober – Disember) | Mempunyai Akaun Bank (Dikreditkan terus ke akaun bank) | Oktober 2025 |
Tidak mempunyai Akaun Bank (Pembayaran Secara Tunai) | November & Disember 2025 |
* Nota: Penerima bagi Fasa 1 Bantuan Sabah RM 900 adalah golongan miskin tegar dan miskin yang ada dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024.
Bagi permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025. Agihan bagi penerima yang layak bermula pada bulan Mei 2025.
Cara Pembayaran Fasa 1 Bantuan Sabah RM 900
Kaedah pembayaran bantuan adalah melalui tiga cara iaitu;
- Pengkreditan terus ke akaun penerima; atau
- Bayaran akan diberikan secara Tunai; atau
- Bayaran akan dikreditkan kedalam ewallet YONO
Jumlah Bayaran Bantuan Sabah RM 900
Bayaran bantuan ini adalah secara berfasa. Secara Ringkasnya, pembayaran akan dibuat secara 3 bulan sekali mengikut fasa. Berikut merupakan fasa-fasa yang disebut beserta anggaran bulan perlaksanaan pengagihan bayarannya.
FASA | BAYARAN | PENGAGIHAN |
Fasa 1 (Januari- Mac) | RM 900 | Februari |
Fasa 2 (April-Jun) | RM 900 | April |
Fasa 3 (Julai-September) | RM 900 | Ogos |
Fasa 4 (Oktober-Disember) | RM 900 | Oktober |
Tarikh sebenar akan kami kongsikan sebaik sahaja mendapat info terkini yang sahih daripada pihak Kerajaan Negeri Sabah. Pengkreditan Bantuan secara terus kedalam akaun penerima adalah bergantung kepada bank masing-masing.
CARA SEMAK STATUS PEMBAYARAN
Semakan status pembayaran fasa 1 Bantuan Sabah RM 900 ini boleh dilakukan melalui langkah yang berikut;
Melalui Online Laman Web Rasmi
- Layari Laman Web Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025: https://sukur.sabah.gov.my/
- Masukkan Maklumat Kad Pengenalan anda.
- Klik Semak.
- Keputusan Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Bagi penerima Fasa 1 Bantuan Sabah RM900 ini, satu notifikasi pembayaran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar kepada nombor telefon penerima setiap kali agihan dilaksanakan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- https://sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di: https://padans.sabah.gov.my/