SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM150 & RM100 & RM50)

SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM150 & RM100 & RM50)

Bahan dapur atau barangan dapur adalah merupakan keperluan yang penting bagi setiap manusia. Namun, adakalanya harga barangan dapur meningkat naik menjadikan rakyat yang berpendapatan rendah terbeban. Oleh itu, Kerajaan komited untuk membantu menampung kos pembelian barangan dapur rakyat yang benar-benar layak setiap bulan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan barang dapur? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA: SENARAI KEDAI BERDAFTAR MYKASIH SELURUH NEGERI: SEMAK KEDAI BERDAFTAR BERDEKATAN ANDA

JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Kerajaan akan memberikan Bantuan Barang Dapur setiap bulan dengan jumlah yang ditetapkan bagi setiap kategori penerima berikut :

  • Penerima Berstatus Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
    • Isi Rumah : RM100 (3 bulan) dan RM200 (9 bulan);
    • Warga Emas : RM100 (3 bulan) dan RM150 (9 bulan);
    • Bujang : RM50 (12 bulan).
  • Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 (9 bulan);
    • Warga Emas : RM50 (9 bulan).

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Pemberian Bantuan Barang Dapur adalah secara berperingkat setiap bulan dan telah mula diberikan kepada penerima yang layak pada tarikh berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PEMBERIAN
Penerima Berstatus
Miskin Tegar dan Miskin eKasih
Fasa 1 : 15 Januari 2025 hingga ** Mac 2025 (3 bulan)
Fasa 2 : ** April 2025 hingga ** Disember 2025 (9 bulan)
Penerima Berstatus
Asas Bukan Miskin
** April 2025 hingga ** Disember 2025 (9 bulan)

PROSES PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Berikut merupakan proses pemberian Bantuan Barang Dapur kepada penerima yang layak :

  1. Kerajaan akan mengkreditkan bantuan tanpa tunai ke dalam akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan penerima;
  2. Penerima yang layak perlu mengunjungi kedai / pasaraya terpilih berhampiran (rujuk senarai kedai terpilih DI SINI)
  3. Pilih barangan dapur yang ingin dibeli mengikut label ‘MyKasih’ dirak tanda harga atau mengikut senarai yang diluluskan (di bawah).
  4. Di kaunter, tunjukkan kad pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA MyKasih.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan dapur yang dipilih.
  6. Penerima perlu memasukkan 6-digit awal nombor IC sebagai nombor PIN dan menukarnya kepada nombor PIN baharu.
  7. Pembayaran menggunakan IC akan disahkan dan resit pembelian akan diberikan.

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Penerima hanya boleh memilih barangan dapur mengikut jenama yang dibenarkan seperti senarai di bawah :

BARANGANJENAMA
BerasJasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
RotiGardenia / Massimo / Mighty White
TelurNutriplus / QL eggs / CP.
Minyak MasakSri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
TepungCap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
BiskutJulies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
Mi segeraIndo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
MinumanTea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
Makanan dalam tinAyam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
Bahan perasaSos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

SEMAK STATUS BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Terdapat dua (2) panduan semakan status kelayakan penerima Bantuan Barang Dapur :

  1. Panduan Semakan Status Online Di Portal Rasmi :
    • Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    • Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    • Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    • Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    • Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    • Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  2. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
    • Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    • Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    • Selesai.
  3. Panduan Semakan Status Online Di Aplikasi :
    • Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
    • Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
    • Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
    • Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
    • Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
    • Klik pada butang [Next] di bawah.
    • Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    • Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : info@mykasih.com

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment