BANTUAN RAKYAT SARAWAK 2025: SUMBANGAN KEWANGAN ASAS SARAWAK

Datuk Patinggi Abang Johari, Primier Sarawak telah menyatakan bahawa peruntukan sebanyak RM450 juta akan diagihkan kepada kira-kira seramai 850,000 rakyat Sarawak melalui Bantuan SKAS dengan bayaran sebanyak RM250, RM400 dan sehingga RM800 (bergantung kelayakan setiap penerima).
Bagaimanakah skas semakan kelayakan penerima? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
APA ITU BANTUAN RAKYAT SARAWAK 2025
SKAS atau rasminya adalah Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang merupakan bantuan khas untuk rakyat Sarawak yang memenuhi kelayakan bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat Sarawak dengan menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan sebagainya.
TARIKH BAYARAN BANTUAN RAKYAT SARAWAK 2025
Pihak Kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan bahawa tarikh bayaran pertama Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah bermula pada 18 Februari 2025, Selasa melibatkan seramai lebih 886,288 ribu rakyat Sarawak merangkumi golongan isi rumah 410,529 ribu, bujang 361,295 ribu dan warga emas 114,464 ribu.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RAKYAT SARAWAK 2025
Berikut antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) :
Syarat Umum :
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
Kategori Penerima :
Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN RAKYAT SARAWAK MENGIKUT KELAYAKAN 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah mengikut jumlah yang ditetapkan bagi setiap kelayakan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SKAS 2025 |
Isi Rumah (Berpasangan / Tunggal) | RM800 |
Warga Emas (Tiada Pasangan & tanggungan) | RM400 |
Bujang (Belum Berkahwin / Balu / Duda / Janda) | RM250 |
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN RAKYAT SARAWAK 2025
Ikuti panduan semakan kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak di sini : https://www.sarawak.gov.my/
- Kemudian, klik pada “Semak Kelayakan SKAS”.
- Seterusnya, anda dikehendaki [Log Masuk] menggunakan Sarawak IDanda. Sekiranya anda belum mendaftar, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman portal yang sama.
- Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan untuk membuat semakan status.
- Seterusnya, [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] berserta Tarikh Pembayaran akan dipaparkan sama ada anda ‘LULUS’ atau ‘TIDAK’ sebagai penerima bantuan SKAS SARAWAK.
- Selesai.
CARA BAYARAN BANTUAN RAKYAT SARAWAK 2025
Kerajaan Negeri Sarawak telah menekankan bahawa pembayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bukanlah dibayar secara tunai, namun ianya akan dibayar dalam bentuk baucar dgital iaitu melalui aplikasi S Pay Globel (e-Dompet) khas untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Pusat Talikhidmat: +6082-555999
e-Mel:555999@sarawak.gov.my
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/.