PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA 2025: BANTUAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG (RM 100-RM 150)
Program Bantuan iSejahtera merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.
Bagaimanakan cara memohon untuk program bantuan isejahtera ini? Ikuti Panduan dan penjelasan lebih lanjut dibawah.
APA ITU BANTUAN ISEJAHTERA?
Program i-Sejahtera merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.
JENIS PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA UNTUK DIMOHON
Terdapat 6 program bantuan yang terdapat dalam program bantuan iSejahtera ini.
- Program Penghargaan Warga Emas
- Bantuan Ibu Tunggal
- Suri Emas
- Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU)
- Anak Emas
- Bantuan Teksi dan Bas Sekolah.
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN ISEJAHTERA 2025
Syarat utama program bantuan iSejahtera adalah pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan merupakan pengundi di Pulau Pinang (Kecuali bagi Program OKU). Syarat-syarat lengkap bagi setiap program beserta dokumen yang perlu disediakan boleh dilihat pada pautan berikut :
BIL | PROGRAM | SYARAT MEMOHON |
1. | Penghargaan Warga Emas | 1. Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar. 2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. |
2. | Program Bantuan Ibu Tunggal | 1.Warganegara Malaysia. 2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. 3.Bercerai atau kematian suami 4.Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar 5.Tidak berkahwin semula. 6.Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak |
3. | Program Suri Emas | 1.Warganegara Malaysia. 2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. 3.Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap. 4.Wanita masih berumahtangga. 5.Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar. |
4. | Program Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) | 1.Warganegara Malaysia. 2.Menetap di Negeri Pulau Pinang. 3.Pemohon mestilah seorang OKU yang memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara tidak terhad kepada JKM Pulau Pinang sahaja) |
5. | Program Anak Emas | 1. Anak mestilah seorang warganegara Malaysia. 2. Pendaftaran perlu dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun. 3. Salah seorang ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. |
6. | Program Bantuan Teksi & Bas Sekolah | 1. Warganegara Malaysia 2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. 3. Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) 4. Memiliki Kad Pemandu (Teksi/Kereta Sewa/Teksi Lapangan Terbang/Limosin/Teksi Mewah) 5. Menjalankan perkhidmatan teksi di Negeri Pulau Pinang sahaja 6. Berdaftar dengan PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)Â (sila kemukakan dokumen yang diperlukan) |
CARA DAFTAR BANTUAN ISEJAHTERA 2025
Program i-Sejahtera boleh dimohon secara dalam talian (online) di portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan.
- Semak No Kad Pengenalan
- Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan.
- Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
- Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.
- Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).
JUMLAH BAYARAN BANTUAN ISEJAHTERA 2025
BIL | JENIS PROGRAM | JUMLAH BANTUAN | KADAR PEMBAYARAN |
1. | Penghargaan Warga Emas | RM 200 | Bayaran Satu (1) kali Setahun |
2. | Bantuan Ibu Tunggal | RM 100 | Bayaran Satu (1) kali Setahun |
3. | Suri Emas | RM 100 | Bayaran Satu (1) kali Setahun |
4. | Bantuan OKU | RM 200 | Bayaran Satu (1) kali Setahun |
5. | Anak Emas | RM 200 | SECARA “ONE-OFF” |
6. | Khairat Kematian | RM 1,000 | SECARA “ONE-OFF” |
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN ISEJAHTERA 2025
Pembayaran dilakukan secara berperingkat. Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun. Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.
CARA PEMBAYARAN
Pembayaran i-Sejahtera dilakukan secara dua kaedah iaitu
- Tunai (Cash)
- Electronic Funds Transfer (EFT)
*NOTA: Sekiranya pemohon telah memilih kaedah TUNAI, pemohon boleh membuat pengemaskinian melalui memilih kaedah EFT dengan mengemukakan salinan dokumen akaun bank yang terkini melalui sistem.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Pejabat Masyarakat Penyayang
No Talifon : 04-650 5699 / 5700 / 5701
Alamat : PEJABAT MASYARAKAT PENYAYANG, PARAS 46, BANGUNAN KOMTAR 10503, PULAU PINANG
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :Â https://isejahtera.penang.gov.my/