Belanjawan 2025: Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan.

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dan Pesara (RM500/ RM250).

Berita gembira untuk penjawat awam apabila kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500.

Mengumumkan perkara itu dalam Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan khas kewangan tersebut diberikan kepada semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Bantuan khas ini diberikan juga kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak Rm250. Ini disalurkan pada Februari Tahun 2025.

Jumlah Bantuan Khas Kewangan

JawatanJumlah Bantuan
Penjawat AwamRM 500.00
Pesara Kerajaan
(Veteran Berpencen/ Tidak Berpencen)
RM 250.00

“Bulan Disember ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan, bulan Februari ada bonus. Alhamdulillah”

Baca juga :

Peluang Kerjaya bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Selain itu, Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anuar Bin Ibrahim berkata, selaras dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pelarasan pencen akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tarikh Pembayaran

Bonus Penjawat Awam ini akan dibayar bermula Februari 2025.

Menurut jadual rasmi, tarikh gaji pada bulan Februari 2025 adalah pada 25 Februari 2025. Secara lazimnya, bayaran ini akan disekalikan dengan gaji pada bulan tersebut.

Rujuk Jadual Pembayaran Gaji bagi penjawat Awam dibawah.

Cara Pembayaran Bantuan Khas Kewangan

Bantuan Khas Kewangan ini akan dikreditkan ke akaun penjawat awam secara berperingkat.

Kenaikan Gaji SSPA dan Pencen

Selaras dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pelarasan pencen akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penyelarasan Gaji berdasarkan sistem SSPA ini akan berkuatkuasa bermula 01 Disember 2024.

Maklumat Lanjut

Info ini diperolehi daripada Laman Web Rasmi Astro Awani

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment