Rumah Selangorku : Cara Mohon, Semakan Status & Projek Terkini Tahun 2024/2025.

Skim Rumah Selangorku : Cara Mohon, Semak Status & Projek Terkini Tahun 2024/2025.

Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna‘. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik dikenali sebagai Rumah Selangorku.

Pengenalan Skim Rumah Selangorku

Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang khas dari kerajaan untuk warganegara Malaysia untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada warga yang layak. Skim ini sebenarnya telah mula diperkenalkan pada tahun 2014 lagi dan ia diketuai oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), iaitu organisasi perumahan negeri itu sendiri.

Selain memanfaatkan rakyat Selangor, bantuan ini juga memberi mandat supaya pemaju dengan pembinaan yang berkelayakan kena membina sejumlah unit rumah mampu milik, sebagai sebahagian daripada projek keseluruhan mereka.

Syarat Utama Kelayakan Pemohon

Syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku adalah seperti berikut:

  • Warganegara
    • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Had Umur
    • Pemohon mestilah berumur 18 Tahun Ke atas pada tarikh pendaftaran
  • Pemilikan rumah
    • Pemohon tidak memiliki sebarang jenis kediaman di Negeri Selangor
  • Had Pendapatan
    • Pendapatan bulanan seisi rumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM15,000.00

Senarai Projek Terkini

Senarai projek terkini boleh dilihat di senarai ini: https://ehartanah.lphs.gov.my/

Semak Projek Terkini di sini : https://www.rumah-selangorku.com/

Post Trending :

Harga & Jenis Rumah Selangorku

Jenis unit dan saiz rumah yang ada pada Rumah Selangorku terdiri daripada pelbagai pilihan, tapi semuanya bergantung pada tahap pendapatan pemohon masing-masing. Keluasan rumah antara 700 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

Harga jualan bagi Rumah Selangorku tertakluk kepada kategori dan Jenis rumah yang dipilih seperti berikut:

Rumah Bertingkat (Pangsapuri)
Jenis A: RM 42,000.00 seunit
Jenis B: RM 100,000.00 seunit
Jenis C: RM 150,000.00 seunit
Jenis D: RM 200,000.00 seunit
Jenis E: RM 250,000.00 seunit

Rumah Bertanah (Rumah Bandar & Teres)
Jenis A: RM 42,000.00 seunit (Rumah Bandar)
Jenis B: RM 100,000.00 seunit (Rumah Bandar)
Jenis C: RM 200,000.00 seunit (Rumah Bandar)
Jenis D: RM 250,000.00 seunit (Rumah Teres)
Jenis E: RM 250,000.00 seunit (Rumah Teres)

Nota: Perubahan harga jualan tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri

Cara Mohon Rumah Selangorku

  • Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS https://ehartanah.lphs.gov.my/
  • Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki. Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka.
  • Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran Rumah Selangorku.
  • Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah Selangorku yang boleh dipohon di laman web LPHS https://ehartanah.lphs.gov.my.

Nota :

Sekiranya pemohon tidak mengetahui proses pendaftaran secara betul dan tepat, sila rujuk manual proses pendaftaran Rumah Selangorku boleh dirujuk pada laman sesawang LPHS seperti berikut ; http://ehartanah.lphs.gov.my/

Garis Panduan Permohonan

Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.

Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim. Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Sekiranya status pemohon telah DITAWARKAN RUMAH, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja.
  • Penyata KWSP (jika ada).
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam status SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Semakan Permohonan

Cara semakan permohonan skim ini adalah seperti berikut:

  • Pergi ke laman web https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/
  • Login menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  • Pilih tab ‘Semak Status’.
  • Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan.
  • Klik butang ‘Semak’.

Proses pemilihan adalah berdasarkan sistem merit.

Bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA,

Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah Selangorku yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.
Jika permohonan tidak berjaya, pemohon mesti memohon semula kalau tak berjaya selepas 2 tahun.

Bagi permohonan yang BERJAYA,

Pemohon yang layak akan dihubungi oleh pihak pemaju berkenaan melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon. Pemohon perlu mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS. Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.

Pemohon yang MENOLAK TAWARAN rumah akan dilabel sebagai tak aktif selama 2 tahun.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai skim ini sila hubungi LPHS di talian 03-55102122 / 2177 atau e-mel terus ke aduan.korporat@lphs.gov.my

Laman web : https://ehartanah.lphs.gov.my

*Peringatan penting:

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak pernah melantik mana-mana orang perseorangan, persatuan, pertubuhan mahupun syarikat untuk bertindak sebagai ejen bagi urusan permohonan dan penawaran Rumah Selangorku.

LPHS akan mengambil tindakan penguatkuasaan dengan menghalang urusan pengeluaran hakmilik strata ke atas rumah yang didapati dimiliki atau dibeli tanpa melalui kelulusan LPHS.

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) adalah sebuah agensi di bawah kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab dalam perancangan dan pengurusan pembangunan hartanah di Negeri Selangor.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment