Diskaun Saman PDRM Terkini 2024
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman 60% ke atas saman trafik yang terpilih sempena program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024. Program ini diadakan khususnya dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan antara sektor awam dan rakyat demi mencapai pembangunan negara yang lebih inklusif dan mampan, bersesuaian dengan Tema program ini iaitu “MADANI di Hati, Rakyat Disantuni”.
Tarikh Program Dijalankan
Tarikh : 22-24. November. 2024
Tempat : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Masa : 9.00 Pagi – 6.00 Petang
Post Trending : KEMASKINI & PERMOHONAN BARU STR Fasa 1 2025
Post Trending : Permohonan Guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41)
Tawaran
Tawaran pengurangan bagi sehingga 60% terhadap SEMUA jenis saman, Kecuali;
- Saman Lampu Isyarat Merah
- Penggunaan Lorong Kecemasan
- Memotong secara berbahaya
- Memotong garisan berkembar
- Non compound (NC)
- Saman bicara mahkamah
- Saman lori
- Saman pengubahsuaian ekzos
- Saman Ops Selamat
Sebanyak 25 kaunter akan disediakan bagi kemudahan pelanggan yang akan hadir.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh layari;
Laman Web Rasmi MKN : Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara
Sumber Berita : PDRM beri diskaun 60% Saman Trafik
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.