Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN Selangor) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong di MSN Selangor bagi tahun 2024.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di MSN Selangor sebagaimana berikut:
Nama Majikan: | MSN Selangor |
Penempatan: | Sekretariat Sukma Selangor |
Kelayakan: | PT3/ PMR/ SPM/ Diploma/ Ijazah |
Taraf Jawatan: | Kontrak |
Tarikh Tutup: | 22 November 2024 (Jumaat) |
Jawatan Ditawarkan
- Eksekutif Pentadbiran & Kewangan Gred 41
- Eksekutif Teknologi Maklumat & Korporat Gred 41
- jURUTERA (Awam) Gred 41
- Eksekutif Teknikal Sukan Gred 41
- Penolong Eksekutif Kewangan Gred 29
- Penolong Eksekutif Pentadbiran Gred 29
- Penolong Eksekutif Teknologi Maklumat Gred 29
- Penolong Eksekutif Komunikasi Korporat Gred 29
- Penolong Jurutera Gred 29
- Penyelaras Sukan Gred 29
- Setiausaha Pejabat Gred 29
- Pembantu Tadbir Gred 19
- Pemandu Kenderaan Gred 11

Baca Juga :
- Mohon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
- Kemaskini & Pendaftaran Baru untuk Layak STR fasa 1 2025
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong di MSN Selangor yang hendak dipohon.
- Kelahiran Negeri Selangor, atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor, atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu / JKKK. (Surat pengesahan pemastautin hendaklah dilampirkan bersama Borang permohonan).
Cara Mohon
- Semua permohonan hendaklah dengan memuat turun borang permohonan Jawatan di https://msnselangor.gov.my/ atau di pautan Muat Turun Borang Permohonan di Bawah.
- Borang yang telah lengkap di isi hendaklah di Hantar kepada Majlis Sukan Negeri Selangor beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang disenaraikan di Bawah;
- Sekeping gambar berukuran passport
- Salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa
- Salinan Sijil Lahir
- Salinan Sijil-Sijil Persekolahan
- Dan lain-lain dokumen yang berkaitan
- Semua Salinan sijil hendaklah di perakui sah
- Sila tulis nama Jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.
- permohonan yang berikut akan ditolak/ tidak akan diperoses jika :
- Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
- Tidak lengkap atau tidak terang
- Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakkan
- Tidak disertakan Gambar pemohon
- Tidak ditandatangani
- Dokumen-dokumen Permohonan hendaklah di hantar ke alamat berikut:
Pengarah Eksekutif,
Majlis Sukan Negeri Selangor,
Aras 3, Kompleks Generasi Muda dan Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup atau 6 Bulan selepas panggilan temuduga (Sekiranya berjaya dipanggil temuduga) hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat dengan menghubungi pihak Urus setia melalui telefon atau melalui email berikut:
- urusetia : 03-5870 0400
- email : admin@msnselangor.gov.my
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.