Jawatan Kosong Guru Ganti SK- PPD Seberang Perai Utara 2024

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan jawatan kosong Guru Ganti SK 2024 yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Guru Ganti SK di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara.

Permohonan Guru Ganti SK

Nama Jabatan:PPD Seberang Perai Utara
Penempatan:Pulau Pinang
Kelayakan:Diploma/ Ijazah
Taraf Jawatan:Skim Personel MySTEP
Tarikh Tutup:Rujuk Lampiran Dibawah

Senarai Jawatan Guru Ganti SK 2024

  1. Guru Ganti Matapelajaran Bahasa Melayu
  2. Guru Ganti Matapelajaran Bahasa Cina
  3. Guru Ganti Matapelajaran Pendidikan Islam
  4. Guru Ganti Matapelajaran Bahasa Arab
  5. Guru Ganti Matapelajaran Bahasa Inggeris

Baca Juga:

Join Channel Telegram kerjakini untuk maklumat lebih pantas!

Tugas Guru Ganti

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti Guru Tetap.
  • Menjalankan Tugas-Tugas guru yang digantikan.
  • Terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum.
  • Lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Guru Ganti SK 2024 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Personel MySTEP

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
  • Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian dan Jabatan masing-masing.

Skop Kerja

Personel MySTEP dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP dibawah Inisiatif Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) 2024.

Kadar Upah

Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.

KelayakanKadar Upah
Ijazah Sarjana Muda Setaraf dan
ke atas
RM2,000 – RM2,499
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM)
RM1,500 – RM1,999

Kemudahan Yang Diberikan

Cuti Rehat12 hari setahun*
Cuti Sakit14 hari setahun*
Perlindungan SosialCaruman KWSP & PERKESO
*Dikira secara purata (pro-rate) berdasarkan tempoh kontrak

Cara Mohon Guru Ganti SK

  • Permohonan Jawatan Kosong Guru Ganti 2024 diatas hendaklah melalui portal rasmi MYFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment