Semak Status Penerima Bantuan Musim Tengkujuh RM800
Kini musim tengkujuh telah pun tiba dan rakyat yang berada di kawasan terlibat pastinya perlu membuat persiapan bekalan yang mengcukupi. Oleh itu, Bantuan Musim Tengkujuh akan diteruskan pada tahun 2024 dengan peningkatan amaun bantuan bernilai sehingga RM800 bagi membantu rakyat yang terjejas pendapatan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2024 (BMT RISDA) untuk dijadikan panduan kepada penerima dan pemohon yang terlibat.
Pengenalan Bantuan Musim Tengkujuh
Musim Tengkujuh bermaksud Musim banjir/ Musim Hujan berpanjangan. Bantuan Musim Tengkujuh adalah merupakan sebuah bantuan di bawah RISDA yang disalurkan pada musim tengkujuh bagi membantu rakyat yang memiliki kebun getah atau tanaman lain yang berdaftar di bawah RISDA yang berada di kawasan yang terjejas.
Post Trending : STR 2025: Kemaskini dan Permohonan Baru (Pembayaran Fasa 1)
Jumlah Bantuan Bakal Diterima
Pada tahun 2024 ini, kadar amaun Bantuan Musim Tengkujuh telah dinaikkan sehingga berjumlah RM800 kepada setiap individu yang layak berbanding tahun lalu hanya disalurkan sebanyak RM600 sahaja bagi setiap individu.
Syarat Kelayakan
Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
- Warganegara Malaysia.
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar.
- Pemilik tanah yang sah.
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA.
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib -untuk peserta JPS dan JAKOA).
Penoreh (Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar.
- Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah.
- Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).
Cara Pembayaran BMT RISDA
Pihak RISDA akan membayar Bantuan Musim Tengkujuh kepada penerima yang layak secara ansur berperingkat melalui proses transaksi atas talian (Elektronic Fund Transfer (EFT)) terus ke akaun bank penerima yang aktif mengikut nombor akaun yang telah didaftarkan.
Tarikh Pembayaran BMT RISDA
Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh yang bernilai RM800 akan dibayar secara ansur berperingkat selama empat (4) bulan (bermula November 2024 sehingga Februari 2025) mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
November | RM200 |
Disember | RM200 |
Januari | RM200 |
Februari | RM200 |
Seperti tahun-tahun lalu, jika bayaran November tidak sempat dibayar pada bulan semasa, bayaran akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga selesai dibayar berjumlah RM800 (tertakluk kepada kelulusan).
Cara Semak Kelulusan Bantuan Musim Tengkujuh Anda
- Layari laman rasmi disini : https://pekebunkecil.risda.gov.my/permohonan-bmt
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor kad pengenalan / ID.
- Kemudian, masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
- Klik pula pada butang [Log Masuk] di bawah.
- Bahagian maklumat pengguna akan dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada [Semakan Status Permohonan].
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKSUD STATUS : LAYAK
Tertakluk kepada tarikh kelulusan, mereka yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat.
Rujukan
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi RISDA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
Talian Hotline : 03-425 64 022
Laman Bantuan : https://helpdesk.risda.gov.my/.
Sumber : Laman Web Rasmi Risda
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.