Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong PERKESO 2026 Terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisiJawatan Kosong PERKESO 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) |
| Penempatan: | Ibu Pejabat, Kuala Lumpur |
| Kelayakan: | Ijazah Sarjana Muda |
| Taraf Jawatan: | Kontrak / Tetap tidak berpencen |
| Tarikh Tutup: | – |
Senarai Kekosongan
| Jawatan Kosong | Kelayakan Akademik | Gaji | Kekosongan |
| Pegawai Tadbir Aktuari (Gred 23) | Ijazah sarjana Muda | RM 3,300 – RM 20,300 | 2 |
Jawatan Popular : Jawatan Kosong Kilang Micron Technology Sdn Bhd
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong PERKESO 2026 yang hendak dipohon,
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Aktuari, Statistik, Matematik, Ekonomi, Kewangan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Kepujian Bahasa Malaysia termasuk Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kemajuan dalam kelayakan profesional aktuari daripada Society of Actuaries (SOA), Institute and Faculty of Actuaries (IFoA), Casualty Actuarial Society (CAS) atau badan profesional aktuari lain yang diiktiraf
- Mempunyai keupayaan analitikal dan penyelesaian masalah yang baik, pengetahuan atau pengalaman dalam analisis kuantitatif, pemodelan, statistik atau analisis data;
- Berkebolehan menggunakan perisian atau alat analitik yang bersesuaian serta mempunyai kesediaan untuk mempelajari kaedah dan teknologi baharu serta berkebolehan menyampaikan hasil analisis dengan jelas dalam bentuk penulisan dan pembentangan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja; dan
- Bermotivasi tinggi, boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.
Cara Mohon Jawatan Kosong PERKESO 2026
- Permohonan Jawatan Kosong PERKESO 2026 hendaklah melalui laman web rasmi MyFutureJobs di https://myfuturejobs.gov.my/ atau di pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk memohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
