Jawatan Kosong TUDM : Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 69/25

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan Pengambilan Perajurit Muda (PJM) siri 69/25 yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Siri 69/25, Tentera Udara Diraja Malaysia.

Maklumat Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 25 Tahun pada 1 Mac 2025. Mereka yang berkelayakan boleh mengisi jawatan kosong TUDM sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Penempatan:Seluruh Negara
Kelayakan:SPM/ SVM/ SKM/ Diploma
Taraf Jawatan:Tetap/ Kontrak
Tarikh Tutup:15 Oktober 2024 (Selasa)

Jawatan Ditawarkan

  1. Perajurit Muda (PJM) Udara Siri 69/25 (Lelaki & Wanita)

Artikel Trending :

Syarat Asas Permohonan TUDM

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2025.
  • TIDAK BERKAHWIN bagi calon wanita.
  • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak mempunyai rabun warna.
  • Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran.
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  • Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat Fizikal

Tinggi :

  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki : 1.65 m
  • Ukuran Tinggi Minima Perempuan : 1.57m

Berat Badan

  • Berat Badan Minima Lelaki : 49 Kg
  • Berat Badan Minima Perempuan : 45 Kg

Indeks Jisim Badan (BMI)

Indeks Jisim Badan bagi lelaki dan wanita adalah di antara 18 hingga 25.

Cara Mohon Jawatan

  • Permohonan jawatan kosong TUDM diatas hendaklah melalui portal rasmi https://airforce.mil.my/index.php/bm/ atau pautan Mohon Online yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Online

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment