Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong MTIB Malaysia.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia sebagaimana berikut:
Nama Majikan: | Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) |
Penempatan: | Kuala Lumpur |
Kelayakan: | PMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah |
Taraf Jawatan: | Tetap/Kontrak |
Tarikh Tutup: | 31 Mei 2024 (Jumaat) |
Jawatan Ditawarkan MTIB
- Akauntan Gred WA41
- Pegawai Penyelidik Gred Q41
- Pegawai Undang-Undang Gred L41
- Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
- Pegawai Tadbir Gred N41
- Pegawai Jurutera Gred J41
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
- Penolong Akauntan Gred W29
- Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E29
- Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
- Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
- Pemandu Kenderaan Gred H11
- Pembantu Operasi Gred N11
Baca Juga :
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
- Permohonan jawatan kosong Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) diatas hendaklah melalui borang permohonan yang boleh diperoleh daripada portal rasmi MTIB di www.mtib.gov.my dan e-mel ke [email protected]
- Borang permohonan juga boleh didapati melalui pautan yang telah kami sediakan dibawah.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan seperti alamat dibawah.
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Tingkat 13-17, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras
56100 Kuala Lumpur
(u.p: Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)
No. Telefon : 03-92822235
Borang Permohonan Jawatan MTIB
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.