Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun yang merupakan agensi pemasaran makanan dan hasil pertanian Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya maju untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagaimana berikut:
Nama Majikan: | Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) |
Penempatan: | Pelbagai Negeri |
Kelayakan: | SPM/Diploma/Ijazah |
Taraf Jawatan: | Tetap/Kontrak |
Tarikh Tutup: | 20 Mei 2024 (Isnin) |
Jawatan Ditawarkan
- Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
- Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
- Penolong Pegawai Tadbir
- Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
Baca Juga :
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Permohonan jawatan kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan diatas hendaklah melalui portal rasmi FAMA di https://www.fama.gov.my/ atau pautan Senarai Jawatan FAMA yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.